Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Perlu Lagi Bersabung Nyawa, 'Jambatan Maut Viral' Kini Sudah Siap 50 Peratus


Jambatan yang pernah viral awal tahun ini akhirnya telah mula dibina dengan ciri-ciri keselamatan dan penambahbaikan yang lebih baik.  Menurut laporan media, kerja-kerja pembinaan telah siap 50 peratus.

Jambatan itu dikatakan bakal siap pada akhir Mei ini dengan kos selenggara bernilai RM500,000.  Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan dan Perbadanan Neger, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, "sehingga kini, kontraktor sudah menyiapkan kerja memasang tiang cerucuk dan struktur besi untuk laluan pejalan kaki."

"Apabila siap, jambatan sepanjang 100 meter ini akan memudahkan penduduk kampung berkenaan termasuk penunggang motosikal dan basikal untuk berulang alik melakukan urusan harian masing-masing termasuk pelajar ke sekolah berhampiran," katanya.

Kisah jambatan ini menjadi buah mulut netizen dilaman media sosial apabila rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki dan bapanya menyeberang jambatan maut itu untuk memulakan kelas prasekolah.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli