Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'The Power Of Doa' - Tukar Cara Kita Berdoa Dengan Pemahaman Maksud Lebih Betul Disaat Berinteraksi Dengan Allah SWT


Doa adalah senjata paling ampuh orang Islam.  Telah diriwayatkan, setiap huruh hijaiyah didalam Al-Quran itu, Allah swt memerintahkan satu malaikat untuk menjaganya.  Seperti huruf 'alif' dijaga oleh Mailakat 'Hatmahtolqiyail' dan 'ba' pula dijaga oleh Malaikat bernama 'Har Hayaail'.

Sepertimana kita maklum bahawa Allah swt Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.  Tetapi untuk mencapai khusyuk doa itu hendaklah kita memahami setiap bait ayat dan maksudnya sebaik diucapkan.

Jika telus pemahamannya, maka doa itu dilakukan sepenuh hati seiring dengan kandungan yang ingin disampai kepada Allah swt.  Ini kerana ada ulama berpendapat bahawa apabila kita berdoa, namun kita sebenarnya tidak mengerti apa yang kita doakan.  Seolah-olah berdoa tetapi dengan maksud yang bertentangan dengan apa yang ingin disampaikan.



Oleh itu perkongsian daripada Norizyana Ishak ini sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam memahami maksud sebenar apa yang ingin didoakan, dan InsyaAllah dengan izin Allah, doa yang diminta itu dapat dimakbulkan seikhlas-ikhlasnya.  Sesungguhnya, ketika berdoa itu adalah saat kita berinteraksi dengan Allah swt, merintih dan memohon agar segala yang dihajati didengari oleh-Nya.

TUKAR CARA BERDOA:

Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya ..
Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..

#FORMULA_1

Sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,

"Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku ".



#FORMULA_KE_2

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya Allah BERILAH aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

"Ya Allah KURNIAKANLAH aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.


#FORMULA_KE_3

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "Semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini:

"Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.



#FORMULA_KE_4

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:

"Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..

Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.



#FORMULA_KE_5

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:

"Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah.."



#FORMULA_KE_6


Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

"Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah.."

Moga Bermanfaat. 
Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli