Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Tanpa Sedar, Kita Hari Hari Pun Mendera Mental Anak'', Ibu Bapa Tolong Lah Ubah Tabiat Sikit Sikit Nak Marah

No Comment

Anak adalah anugerah dari Tuhan yang tidak ternilai. Semestinya setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Namun tidak mudah untuk mendidik. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah, geram dan sebagainya. Jadi memarahi anak dianggap sebagai satu cara mengajar mereka, namun kalau hampir setiap hari dimarah, bagaimana pula dengan emosi anak-anak?

Apa yang dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui laman facebook ini boleh dijadikan renungan buat semua. Ibu bapa sebenarnya tanpa sedar "mendera" mental anak sendiri. Sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak.

Bukan tak boleh dimarah, tapi kalau hampir setiap hari menelan benda yang sama, hati anak mana yang tidak berdendam? Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata tetapi dengan hati mereka yang berjauhan dengan kita?

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah. Semoga bermanfaat. Masih belum terlambat untuk ibu bapa ambil sebagai ikhtibar dan pengajaran.

Perkongsian ikhlas : Muhammad Yusof dari group wassap Tarbiyatul Aulad

Semalam aku rasa marah sangat kat anak aku. Boleh pulak dia tak tutup lampu kereta malam tu. Sampai ke pagi lampu tu menyala.

Pagi ni bila aku nak start kereta aku perasan lampu tu tak tutup. Mujur bateri kereta tak kong. Marah betul aku. Bila anak masuk kereta senyum-senyum, aku terus buat muka serius. Tarik muka semasam mungkin.

Aku tanya dia 'Kenapa Syafi tak tutup lampu kereta malam tadi?!.. Bla.. Bateri boleh kong.. Bla.. Bla..' Panjang aku bebel pagi tu.

Dia terperanjat. Dia menangis. Marah betul aku pagi tu. Dalam perjalanan aku senyap je. Dia pun senyap.


Tiba-tiba dia datang kat aku, 'Papa, Syafi minta maaf, malam tadi Syafi masuk kereta, gelap. Syafi bukak lampu. Syafi nak ambil barang dalam kereta. Papa lupa bawak masuk rumah. Mintak maaf Papa..' Dia kata kat aku.

Aku terus rasa bersalah. Istighfar panjang aku time tu. Memang semalam aku ada beli barang kat Tesco dan aku terlupa bawak masuk rumah.

Aku terus cium pipi dia. Benar aku belajar sesuatu hari ini.

Hari tu bila ada seorang bapak pukul dan dera anak dia sampai meninggal, kita bukan main marah lagi. Macam-macam kita kata kat dia, bapa durjanalah, bapak tak bertanggungjawablah.

Tapi, dalam masa yang sama, samada kita sedar ataupun tak, kita pun hari-hari tengah 'mendera' mental anak-anak kita.

Kita kena ingat dera ni bukan setakat fizikal je, tapi penderaan mental jauh lebih mendalam dan kesannya sangat panjang. Mungkin sampai akhir hayat anak-anak akan ingat penderaan mental ni.

Mungkin ada yang tak tahu bahawa penderaan kanak-kanak ini, kita boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu: penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan mental kanak-kanak dan penderaan seksual kanak-kanak.

Kadang-kadang pagi-pagi buta, bila anak bangun lewat kita marah dia. 'Itulah papa dah kata tidur awal malam tadi!'. Anak kita bangun dalam keadaan mood yang tak best sebab pagi lagi dia dah kena marah dah.


Lepas tu, bila dia siap lambat, kita marah lagi. Sekali lagi dia kena marah.

Kat sekolah pulak kita pun tak tahu apa yang berlaku kat sekolah. Mungkin cikgu-cikgu kat sekolah marah dia, bukan kita tahu pun kan? So, 3 kali dah dia kena marah.

Balik sekolah petang-petang, anak kita penat dah, entah macamana boleh pulak dia tertumpah air. Kita terus marah dia. Kenapa tak pegang betul-betullah, mata letak manalah. Terkapai-kapai anak kena marah time tu.

So, 4 kali dah dia kena marah.

Setelah penat satu hari kat sekolah, Maghrib tu boleh pulak anak kita tertidur kejap. Bila kita dapat tahu, apa lagi membebellah kita 'tak baik tidur lepas Asarlah, kenapa tidur maghrib-maghriblah'. Macam-macam kita bebel.

Bila malam menjelang, anak kita nampak kita free, so dia pun datang nak berbual dengan kita, nak cerita pasal apa yang dia dah buat kat sekolah. Ada kawan barulah, ada cikgu barulah. Punyalah excited dia nak cerita dengan kita.

Yang kita pulak. Bila anak datang nak sembang, kita buat acuh tak acuh je. Henset kat tangan tak lepas. Dari pagi sampailah nak tidur henset jadi 'teman setia' kita, sampai anak nak cakap pun kita tak pandang.

Hiduplah kita 'bertuhankan' henset 24 jam.

Lepas tu bila anak kita cakap ayat 'lebih baik aku jadi henset, mak ayah aku lebih menghadap henset berbanding aku anak dia. Tahu pulak kita nak marah kat dia, sedangkan hakikatnya itulah yang sebahagian kita dok buat hari-hari.

Sehari kita ada 24 jam, apa kata kita peruntukkan sedikit masa, contohnya waktu makan atau waktu senggang lepas maghrib atau lepas anak siap buat kerja sekolah, kita buang sekejap henset dan luangkan 'quality time' bersama anak dan keluarga. Detik masa bersama mereka adalah lebih penting berbanding berjam-jam masa yang kita bazirkan menghadap henset. Ye tak?

Diakhirnya anak ini penat dan tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya, mak ayah dia ni sayang ke tak dia ni sebenarnya. Setiap hari, ada je yang tak kena kat mata mak ayah dia. Mesti ada saja salah dan silap mereka.

Budak-budak ni sampai keliru pada siapa mereka nak meluahkan perasaan, nak bercerita, nak mengadu. Bila nak bercerita kat mak ayah, mak ayah pulak buat acuh tak acuh.

Kalau nak tahu, ini adalah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan kanak-kanak kat Malaysia. Dan kita sebagai ibu bapa perlu sedar tentang perkara ni.

Dalam diam sebenarnya kita tengah dera batin anak-anak kita. Ingatlah bahawa anak adalah anugerah Tuhan, bukan tempat melempias marah kita 24 jam.

Jom, kita sama-sama muhasabah dan ubah sikit tabiat sikit-sikit asyik nak marah, sikit-sikit asyik nak maki anak-anak kita. Bukan tak boleh nak marah anak. Sebab marah pun adalah salah satu proses pembelajaran.

Cuma apa kata selepas kita marah kita rasionalkan pada anak kenapa kita marah pada mereka. Ini basic parenting skills yang perlu setiap mak ayah ada. Anak takkan berdendam pada kita kalau kita pandai rasionalkan mereka lepas kita marah mereka. Rasional ni bahasa mudahnya ialah kita pi pujuk anak kita lepas kita marah dia.

Kita tengok contoh mak ayah kita tahun 80an, 90an dulu. Lepas mereka marah atau tibai anak mereka dengan getah paip, malam-malam mereka datang senyap-senyap pi urut atau sapu minyak gamat kat anak dia, ye tak?

Yes, macam yang aku cakap kita kena buat alternatif untuk rasionalkan anak-anak kita. Hukuman atau apa yang kita marah adalah untuk kebaikan masa depan mereka.

Mak bapak kita dulu tak belajar tinggi-tinggi pun boleh faham parenting skills ni berbanding parent zaman sekarang yang belajar sampai PHD tapi tak boleh nak hadam benda asas ni.

Ok, mulai esok apa kata kita cuba ubah tabiat suka nak marah kita. Kalau anak bangun lambat, apa kata kita suruh mereka tidur awal dan buat persiapan awal agar tak kelam kabut esoknya.

Sebagai mak ayah, kita kena ada pelan kontingensi pada anak-anak kita. Kalau anak tak boleh guna plan A, kita guna plan B. Sebagai ibu bapa, kita adalah 'pencorak' kepada kain putih, iaitu anak-anak kita.

Berjaya kita mendidik di rumah, InsyaAllah di sekolah, di universiti ataupun dimana sahaja anak itu berada, dia akan menjadi yang terbaik, hasil didikan pertama ibu bapa mereka di rumah.

Mana-mana parent yang suka maki-maki anak, apa kata kita tukar makian itu kepada doa yang baik-baik kepada anak-anak.

Kalau kita suka maki anak b*d*h, ba**ang, apa kata kita tukar makian tadi kepada perkataan yang baik dan positif. 'Pandai betullah anak papa!' atau 'bijak betullah anak ayah ni!' walaupun time kita tengah marah. Kan doa ibu bapa adalah antara doa yang mustajab. Betul tak?

Jom kita sama-sama berubah. Status ini relevan buat diri saya dan sahabat semua. Sharelah kalau hangpa rasa status ni bermanfaat, ye. Semoga bermanfaat.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli