Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sempat Lagi Selfie, Pemandu Uber Ini Terima Penumpang Yang Merupakan Bekas Kekasihnya Dengan Kekasih Baru


14 Feb - Pada masa kini, perkhidmatan Uber telah menjadi satu perkhidmatan yang popular di dunia. Boleh dikatakan hampir seluruh dunia telah menyediakan perkhidmatan Uber.

Apabila anda sudah menjadi seorang pemandu Uber, pasti anda tidak menjangka siapa penumpang yang anda akan terima. Mungkin jiran anda, keluarga anda dan mungkin juga kawan-kawan anda.

Namun, apa yang berlaku kepada seorang pemandu Uber dari Filipina ini mungkin satu perkara yang lucu dan mungkin satu perkara yang menyedihkan apabila dia menerima penumpang sepasang kekasih yang mana wanita tersebut adalah bekas teman wanitanya.


Dipetik dari Facebook pemandu itu sendiri, Aj Magallon yang sempat berselfie bersama pasangan kekasih tersebut dengan kapsyen,

"Hai Uber PH, saya ditemukan dengan bekas kekasih saya dan teman lelaki barunya dalam Uberpool. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan aplikasi ini. Valentine makin hampir. Sila baiki dengan segera."

Tambah melucukan, dipetik dari Facebook rasmi Uber PH, Magallon yang merupakan bekas teman wanita pemandu tersebut membuat aduan kepada Uber dan menyenaraikan beberapa ketidak puashati
terhadap pemandu itu yang juga bekas teman lelakinya.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli