Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Sampai Sekarang Masih Tebayang Mak Pesakit Peluk Saya Sambil Menangis'' Kisah Doktor Ini Wajib Dibaca Perokok Tegar

2 ulasan

Merokok adalah satu tabiat yang bukan sahaja membazirkan wang, tetapi juga memudaratkan kesihatan namun masih ramai perokok yang tidak kisah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam juga menyatakan bahawa tabiat itu dikenal pasti sebagai penyebab utama meningkatnya kadar kematian di negara ini sejak 30 tahun lalu. Sungguh pun begitu, ia masih tidak menghalang perokok daripada meneruskan tabiat ini. Asal tak jadi apa-apa, rasa sihat lagi, ok la kan.

Namun, setelah sakit atau dimasukkan ke hospital baru ada ada kesedaran. Itu pun setelah sihat, masih ada yang hisap rokok macam biasa, langsung tak terkesan. Lebih teruk, hingga membawa maut. Siapa yang paling terkesan? Isteri, anak-anak dan ibu bapa yang akan merasai kehilangan. Ayat biasa yang pasti digunakan oleh perokok, tak hisap rokok pon boleh mati. Ya, tiada siapa menafikan. Namun, umpama macam tak sayang nyawa sendiri, sudah tahu bahaya tetapi masih hisap jugak.

Perkongsian pengalaman daripada doktor Emy Roberto melalui laman facebook ini diharap dapat membuka mata perokok-perokok tegar di luar sana sebelum terlambat. Paling tidak dapat dilupakan, hingga sekarang beliau masih membayangkan wajah sedih ibu dan bapa pesakitnya itu. Jadi, sayangilah nyawa anda, ingatlah orang yang tersayang.

Jom kita ikuti perkongsian doktor ini seperti di bawah.

Selamat pagi... Orang lain baru nak bersiap p kerja, saya masih terpacak kat hospital sejak pukul 8 pagi semalam dan berterusan sampailah pukul 5 petang nanti. Kalau oncall memang boleh jadi spesis zombie kampung pisang.

Hari ni saya nak kongsikan satu kes pesakit saya sewaktu oncall semalam. Saya medical MO in charge casualty (kecemasan), referrals satu hospital dan ICU. Memang penat, kadang-kadang saya mengeluh tapi tu tanggungjawab so saya tak boleh kompelin banyak.

Pukul 10 malam, referred case dari district sampai. John Doe, 44 tahun, bujang, tak pernah sakit apa-apa sebelum ni, chronic smoker. Datang-datang ja memang dah intubated (memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin ventilator) dan tekanan darah sangat rendah (terpaksa support dengan inotrope-ubat untuk bantu naikkan tekanan darah).

Gambar Hiasan

Tgk chest x ray...mak aiii...teruk gila...terutamanya bahagian kanan paru-paru. So saya minta bapa pesakit masuk, ambik history segala. Pendek kata, pesakit tak sihat cuma dua hari. Batuk-batuk, sesak nafas dan makin teruk sbb tu bawa ke hospital.

Saya : dia merokok ka pakcik? (Soalan standard yang saya tanya kalau pesakit datang dengan simtom yang berkaitan dengan pernafasan)
Pakcik : ya, doktor. Kuat betul dia ni merokok, sampai satu kotak satu hari.
Saya : oo... (Tak hairan sbb ada pesakit sampai dua kotak sehari. Serius hardcore, gaya macam fogging paru-paru okey)


Habis attend pesakit tu, saya jalankan tugas macam biasa. Turun naik wad. Tengok mana yang perlu. Jam 5 pagi, handphone saya berbunyi...damn, nombor hospital. Kawan (casualty MO) telefon.

Kawan : emy, patient yg lobar pneumonia tu asystole. Dah CPR dua kali...revived..asystole balik..skrg tgh cpr...macam tak ok ja ni...

Saya : huh? Shit...(saya mencarut kalau risau, terkejut, marah)

Sampai casualty, colleagues masih cpr...revived (jantung berdegup)...asystole (berhenti berdegup)..cpr...revived...asystole...cycles yang sama berulang-ulang....tak sedar dah hampir sejam cpr...sampai bila nak cpr...prognosis is poor (keadaan pesakit dah kritikal kaw-kaw)....ventilator settings pun dah tinggi gila..bermaksud mesin pernafasan pun dah xdpt bantu paru-paru dia untuk terus berfungsi...

So terpaksa panggil semua ahli keluarga yang ada termasuklah kedua orang tua pesakit. Bila tengok satu persatu riak wajah ahli keluarga. Sedih gila dan sangat mengharap...

Diterangkan... keadaan dia sekarang sangat kritikal. Jantung berhenti..paru-paru pun dah tak dapat berfungsi...kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia tapi...bla bla bla... Kami berhenti sampai sini saja...

Dan ahli keluarga mula nangis..paling sedih tengok muka mak bapak dia...muka speechlesss dan terkejut tahap tak tahu nak cakap apa...

Seriously, belajar ambik medic 7 tahun, there is no textbook way to break bad news...lagi-lagi dengan ibu bapa pesakit...hancusssss hujan petus dalam hati.

Nak cpr sampai bila...sampai matahari terbit? Sampai petang? Selepas lebih satu jam cpr, kami berhenti..biarkan dia pergi dengan tenang.

Bila ahli keluarga masuk, mak pesakit peluk saya dan kawan lagi satu...

Makcik : kenapa doktor? Kenapa x dapat kasi selamat dia? (Makcik nangis2)

Saya dgn kawan speechless....okey...saya rasa mata saya berair..nasib baik masih pakai mask muka...

Dear makcik, kami bukan Tuhan. Kami pun manusia biasa juga pagi ni orang pertama yang saya mesej adalah encik suami.

Saya : my patient died....

Shitty gila.

Say no to smoking. Hentikan merokok. Jangan merokok. Itu adalah salah satu risiko yang pesakit ada hingga menyebabkan fungsi paru-paru dia sangat teruk, ditambah lagi dengan superimposed infection yang ada again...say no to smoking! Mungkin lain kali saya akan tulis tentang no smoking awareness utk buku seterusnya.

P/s : saya jarang tulis panjang-panjang apatah lagi kalau pasal kerja. Tapi kes pesakit ni memang terkesan di hati saya...sebab sampai sekarang saya masih terbayangkan wajah sedih mak bapak dia..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja F4ns Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli