Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Sakitnya Doktor, Kalau Tak Cucuk Takpe Ke?'' Suntikan Wajib Untuk Ibu Jika Melahirkan Bayi Pramatang

Ditulis oleh Sha Rossa, 24 Feb 2018
4 ulasan

Kalau namanya ibu, sanggup untuk berkorban segalanya untuk si anak waau diri sendiri terpaksa menangung kesakitan. Jika ditanya pada mana-mana ibu pun, pasti mengharapkan bayinya lahir apabila cukup bulan.

Namun, dalam kes tertentu, ramai ibu terpaksa melahirkan bayinya secara pramatang. Dalam terma perubatan, kelahiran pramatang, yang juga dikenali sebagai kelahiran pramasa atau prematur, berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan.

Kelahiran bayi pramatang ini menyebabkan bayi tidak cukup masa untuk membesar dalam rahim ibu. Bayi perlu menyesauiakan diri di luar rahim dan jika dilahirkan terlalu awal juga akan menyebabkan komplikasi kesihatan bergantung kepada berapa awal bayi dilahirkan.

Disebabkan itu, terdapat satu suntikan corticosteroid bagi ibu yang berpotensi melahirkan bayi pramatang. Suntikan yang diberikan kepaad ibu ini dapat menigkatkan peluang bayi untuk terus hidup selepas dilahirkan.

Perkongsian oleh Doktor Muhammad Izzat diharap dapat memberikan panduan untuk para ibu bagi berdepan situasi ini sekiranya bayi dilahirkan tidak cukup bulan.

Jom kita ikuti perkongsian beliau seperti di bawah ini. Semoga bermanfaat.

“ADOOOIII, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? - ujar Tini sambil mengosok-gosok punggungnya. Sambil berjalan terhincut-hincut, Tini mengelap air matanya yg mula berderaian “

Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam

Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?

Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.


Adakah corticosteroid berbahaya kepada saya dan bayi?

Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mangatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.

Bilakah sepatutnya saya mendapat suntikan corticosteroid?


Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.

Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.

Berapa lama suntikan corticosteroid ini menjadi efektif?
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.

Siapakah yang sepatutnya menerima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :

Anda sedang mengalami kontraksi pramatang

Air mentuban sudah pecah, walaupun tiada kontraksi

Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim

Anda mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia. Jika anda akan menjalani pembedahan caeserean elektif sebelum 39 minggu, anda akan disarankan untuk menerima suntikan corticosteroid.

Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ini ikhtiar kita

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Update Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja.. mari daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "