Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Roti Rasa Ayam", Menu Minum Petang Ringkas Tapi Sedap 'Roti Rangup Berlauk' Untuk Anda Cuba Dihujung Minggu

Ditulis oleh farra vy, 3 Feb 2018
Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo

Santai berhujung minggu, para ibulah paling sibuk didapur.  Selesai masak untuk makan tengahari, pasti ada diantara anda yang masih terfikir-fikir, apa pula menu sesuai dihidangkan untuk keluarga pada petang nanti sebagai menu 'hi-tea'.

Kali ini kami berkongsi resepi Roti Rangup yang paling mudah untuk santapan tak kira waktu sarapan, minum petang ataupun kudap-kudapan ketika malam.  Resepi ini juga sesuai dijadikan sebagai menu bekal untuk anak-anak ke sekolah.

Mari kita cuba resepi baru hasil perkongsian daripada Mleyisya Scarf Comel Sokmo ini yang pastinya akan menjadi menu kegemaran setiap ahli keluarga anda! Jom cuba!

ROTI RANGUP BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • Roti Sandwich
  • Tepung Goreng Serbaguna
Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo























  • Telur - Digoreng hancur tanpa minyak
  • Ayam - Direbus dan dicincang halus
  • Sosej - Direbus dan dipotong nipis
  • Daun ketumbar @ Daun sup - Dihiris halus
  • Lobak merah - Dihiris nipis
  • Mayonis 
  • Serbuk lada hitam @ serbuk lada putih - Secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Ambil tepung goreng serbaguna dan bancuh dengan air hingga menjadi bancuhan pekat.  Adun sebati, kemudian celop roti menggunakan tepung tadi.
  2. Satukan telur hancur, isi ayam, sosej, daun ketumbar dan lobak merah dalam satu bekas.
  3. Kemudian masukkan mayonis serta serbuk lada secukup rasa dan digaul mesra.
  4. Ambil roti dipotong dua, kemudian isikan dengan inti yang sudah siap tadi.
Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo























Lipat kemas dan salut roti dalam bancuhan tepung 

Image via Mleyisya Scarf Comel Sokmo

Kemudian golekkan roti dalam bekas berisi tepung gorengan serbagunan yang kering.


Panaskan minyak dan goreng roti sehingga garing dan berwarna keemasan.  Pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan roti.  Goreng dengan api sederhana.


Angkat dan sedia untuk dihidang.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli