Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ramai Tak Tahu, Ini Adalah 4 Orang Anak Malaysia Yang Merupakan Diantara Pemegang PhD Universiti Islam Madinah

Ditulis oleh farra vy, 27 Feb 2018
Universiti Islam Madinah ialah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Arab Saudi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Arab Saudi yang ditubuhkan pada 29 Rabiul Awal 1381 Hijriyah (6 September 1961).

Universiti ini terletak di Kota Madinah, Provinsi Madinah. Penubuhan Universiti ini mengikut kepada keputusan rasmi Raja Saud bin Abdul Aziz tentang Pembangunan perguruan tinggi yang dikhaskan untuk mengkaji ilmu syariah dan keagamaan di Kota Madinah.

Menerusi perkongsian Abu Muhammad Mohd Amin melalui Facebook miliknya, terdapat 4 orang rakyat Malaysia yang berjaya menamatkan PhD di universiti tersohor ini.  Keempat-empat tokoh ini wajar dijadikan inspirasi kerana umum tahu untuk mendapatkan master sahaja sukar, semuanya disana hebat-hebat belaka.

Boleh dikira dengan jari jumlah anak Malaysia yang berjaya menembusi pengajian disana hingga kepenghujung.  Ikuti keempat-empat latar belakang tokoh ini dan semoga mereka ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi anak-anak kita untuk terus menimba ilmu dan seterusnya dapat menyampaikan dakwah bagi kesinambungan Islam sejagat.

4 org Malaysia pemegang PhD dr Universiti Islam Madinah:

1. 1986

Prof Madya Kehormat : Prof Madya Dato' Kaya Bakti Dr. Mohd Radhi bin Othman.
Anak Malaysia pertama malah pertama dr Asia Tenggara mendapat PhD dr Universiti Islam Madinah dlm bidang Hadith (1st class). Bekas pensyarah USM. Guru kpd tokoh2 hebat dlm bidang dakwah Islam seperti dua mufti (al-Muftiyain)yang begitu aktif : Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mufti Perlis, Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Beliau adalah permata yang kurang diangkat arus perdana dakwah Malaysia walaupun keilmuannya MasyaAllah. Seorang yang sangat tawadu'. Boleh cari kuliah beliau di youtube. Banyak penulisan beliau diterbitkan.

2. 1999

Dr. Ahmad Najib bin Abdullah al-Qari. Beliau mendapat PhD dlm bidang tafsir. Seorang pensyarah di UM. Keturunan Tok Kenali. Banyak penulisan beliau diterbitkan.

3. 2005

Dato' Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman. Beliau mendapat PhD dlm bidang Syariah. Seorang pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) juga penyelia pondok Sungai Durian. Aktif ditelevision dlm pelbagai rancangan keagamaan antaranya Tanyalah Ust dll. Penulis kpd byk karya islami yang diterbitkan. Terkenal dgn nama pena Abu Anas al-Madani.

4. 2018 (latest ; penyebab sy menulis post ini)
Dr. Abdul Rahman bin Abdul Rahim (ARAR). Beliau mendapat PhD dlm bidang Hadith (1st class). Diharapkan sumbangan beliau kpd masyarakat Malaysia setelah kepulangan beliau nanti.

Kesemua mereka menghabiskan masa minima 15 tahun di Madinah alNabiy untuk tiba kedestinasi ilmu tersebut dgn mendapat 1001 kelebihan di sana samada drpd janji Allah sendiri kpd bumi Madinah yg ada barakah, juga kebaikan pemerintah kpd pelajar2 di sana. Malah ada diantara mereka ini ditawar menjadi pensyarah di sana namun mereka lebih suka berbakti di bumi sendiri. Kesemua mereka diakui kehebatan mereka oleh sahabat2 sezaman belajar mereka di sana. Semestinya yang terbaik daripada yang terbaik untuk menerima Biasiswa kerajaan Arab Saudi untuk peringkat ini.

Untuk menyambung PhD disana mesti memiliki Master terlebih dahulu dr sana jg. untuk dapatkan master dr sana sahaja boleh dibilang dengan jari berapa ramai anak Malaysia yg lepas diterima masuk belajar(belum hbs lg).Tidak hairan jika kesemua mereka ada Degree, Master dr sana jg. Jika kita terlepas peluang keilmuan di sana, kita berdoa agar anak kita direzekikan belajar di sana kelak. Ameen.

Membaca biografi/pencapaian cemerlang orang yang cemerlang dlm sesuatu bidang (baca: bidang keilmuan) menginspirasikan dalam bidang tersebut. Belajarlah dari mana sekalipun. Amalan dan sumbangan jua yang akan di pertimbangkan di sisi Allah. Namun amalan mesti didahului dgn ilmu. Berbahagialah mereka yang berilmu dan beramal.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "