Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Presiden AS Cadang Setiap Guru Bawa Senjata Api Ke Sekolah, Tangani Kejadian Tembakan Rambang

Ditulis oleh seventeen century, 23 Feb 2018

23 Feb - Presiden Amerika Syarikat (AS) mencadangkan agar setiap guru di sekolah negara berkenaan dibekalkan senjata api untuk menangani kejadian tembakan rambang di sekolah.

Memetik laporan Independent UK, Trump berkata demikian pada pertemuan dengan mangsa yang terselamat dalam kejaian tembakan yang mengorbankan 17 mangsa di sebuah sekolah tinggi di Florida baru-baru ini.

Trump juga turut berjanji untuk memperketatkan pemeriksaan latar belakang pemilik senjata api selepas berkongsi rasa sedih yang ditanggung keluarga mangsa dan pelajar yang berjaya melarikan diri dalam insiden itu.


“Sekiranya anda mempunyai seorang guru yang mahir dalam mengendalikan senjata api, mereka mampu menamatkan serangan dengan segera.

“Namun, ia hanya untuk mereka yang benar-benar mahir mengendalikan senjata,” kata Trump yang mencadangkan kira-kira 20 peratus daripada guru sekolah dilatih untuk membawa senjata yang disembunyikan.

Pertemuan di Rumah Putih yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen itu diadakan susulan bantahan jalanan termasuk daripada pelajar sekolah di seluruh negara.

Peserta bantahan yang hadir mendesak undang-undang pemilikan senjata api lebih ketat dilaksanakan susulan kematian 14 pelajar dan tiga guru Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida baru-baru ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "