Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peti Ais Rumah Korang Tak Tersusun, Tips Wanita Ini Mampu Menjadikan Peti Ais Lebih Kemas Dan Teratur


6 Feb - Peti ais adalah salah satu keperluan di dalam sebuah rumah. Tidak lengkap bagi sebuah rumah jika tidak mempunyai peti ais.

Kebiasannya, kita akan menyimpan pelbagai jenis makanan dan bahan-bahan masakan di dalam peti ais, tidak kira sama ada bahan itu sesuai atau tidak untuk disimpan di dalam suhu yang rendah.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Hani Mynis telah berkongsi satu tips pengurusan peti ais yang kadang-kala diambil mudah oleh sesetengah orang.

Menurut Hani, antara tips yang dikongsi ialah sos cili, tomato atau sos tiram sepatutnya diletakkan di dalam peti ais supaya tidak ditumbuhi kulat pada penutup botol tersebut. Kebanyakkan dari kita, lebih suka meletakkan botol-botol sos itu di luar.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh Hani Mynis tentang pengurusan peti ais dengan betul. Semoga bermanfaat.



Pengurusan peti ais yang betul utk bahan-bahan:

SOS (sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka)

Ada yang suka simpan kat luar tp cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis "refrigerate after opening".

Ini utk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bhgn pintu peti ais.

SUSU

Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dlm peti ais dibhgn pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dgn tin2 sekali dlm peti ais, sbb kita tahu dlm peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason tu belum lg kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang

Susu segar/ susu kotak simpan kat bhgn dalam, jgn simpan kat bhgn pintu. Bhgn pintu suhu nya pling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cpt rosak

TELUR

Cara menyimpan telur dengan betul

Ada dua cara:

1. Simpan di luar peti ais
lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang2nya sebelum best before date)

jgn dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan utk menghalang bakteria masuk dlm telur dan percepatkan proses telur rosak

simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan skjp pnas sekejap sejuk




2. Simpan dalam peti ais (chiller)

Jangan disimpan di bhgn pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bhgn dalam peti (bahagian shelf) sbb pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cpt rosak.

kalau disimpan bhgn dlm peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat utk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jgn dibasuh for same reason as above) dgn makanan lain dlm peti ais

jgn dibasuh telur, nak masak baru basuh

UBAT-UBATAN

Ramai yang suka letak ubat dlm peti lagi-lagi bhgn pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bhgn pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada. Ubat2 cecair sngt sensitif dgh haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasan nya lembap. Lagipun kat botol ubat ada label "keep in dry and cool place" bukan cool peti sejuk ye. Memadai dlm kabinet yang jauh dr chy matahari dan agak dingin.

So nak simpan kat mana, simpan je dlm kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpn je dlm pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nnt hani update.

Semoga perkongsian bermanfaat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli