Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat Saratov Airlines Terhempas, 71 Penumpang Dan Anak Kapal Maut

Ditulis oleh seventeen century, 12 Feb 2018

12 Feb - Semalam, kecoh dilaman sosial dan media massa apabila sebuah kapal terbang Saratov Airlines dikatakan telah hilang dari radar. Namun, tidak sampai 24 jam berita itu tersebar pesawat tersebut yang membawa 71 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas.

Menurut agensi berita TASS, terdapat 65 penumpang dan enam kru dalam kapal terbang itu yang hilang dari radar kurang 10 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow, Rusia.

Pesawat Antonov AN-148 yang dijadualkan menuju bandar Orsk di rantau Orenburg di Rusia, bersempadan dengan Kazakhstan.

Stesen televisyen Rusia, Rossiya-24, menyiarkan rakaman yang menunjukkan serpihan pesawat itu di sebuah padang yang diliputi salji.

"Serpihan telah ditemui, tidak ada yang terselamat," kata TASS, memetik sumber.

Punca sebenar kemalangan itu masih belum dikenalpasti. Kementerian Pengangkutan Rusia mempertimbangkan pelbagai kemungkinan, termasuk keadaan cuaca dan kesilapan juruterbang, menurut Interfax.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "