Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pegawai Tak Beretika, Gadis 17 Tahun Kena Gangguan Seksual Ditunjukkan Video Lucah Ketika Jalani Ujian Memandu

Ditulis oleh farra vy, 10 Feb 2018
2 ulasan

Kisah seorang gadis di Twitter ini viral apabila beliau berkongsi pengalaman ngeri apabila berhadapan dengan seorang Pegawai Jabatan Penguatkuasaan Jalan (JPJ) yang telah melakukan gangguan menjijikan terhadap dirinya.


Gadis berusia 17 tahun ini menceritakan kejadian tersebut dengan gambar pegawai yang disertakan sebagai bukti.  Melalui paparan skrin diatas memperlihatkan bahawa gadis ini mengalami gangguan seksual ketika pegawai tersebut menunjukkan kepadanya video lucah semasa dia sedang menjalani ujian memandu.

Disebabkan rasa takut dan jijik, gadis tersebut terus menghubungi ayahnya untuk berkongsi rasa takut sekaligus menceritakan kejadian tersebut.  Sebaik sahaja ayah gadis itu tiba dan menceritakan segalanya tentang apa yang telah terjadi kepada anaknya, pegawai telah diberhentikan kerja serta merta.


Pegawai yang diberhentikan itu juga bertanyakan kepadanya samada dia sudah mempunyai teman lelaki atau belum.  Dia membalas pertanyaan itu dengan menipu dan mengatakan bahawa dia sudah mempunyai kekasih kerana takut dengan tindakan agresif pegawai terbabit.  Tidak cukup dengan itu, pegawai JPJ itu juga telah meminta nombor telefon gadis tersebut namun permintaanya ditolak.


Kepada gadis-gadis diluar sana dinasihatkan agar segera melaporkan perkara seperti ini kepada pihak berwajib sebelum mereka melakukan lebih lagi kepada mangsa-mangsa lain.  Semoga pihak berkuasa dan pihak pengurusan kelas memandu tersebut mengambil tindakan sewajarnya dan sentiasa memantau pegawai mereka sebaik-baiknya.

Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja F4ns Bett1ng

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "