Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Patutlah Kereta Hon Tak Henti, Rupanya Dia Bertenggek Atas Bonet,'' Pengalaman Seram Bayi Diganggu Nenek Tua Ikut Balik Rumah

Ditulis oleh Sha Rossa, 26 Feb 2018
2 ulasan

Bayangkan sewaktu menyusuri jalan raya, terdapat ''sesuatu'' yang menumpang kereta anda. Sepanjang perjalanan kereta silih berganti memberikan isyarat tapi setelah diperiksa tiada apa yang kelihatan pelik. Sehinggalah pulang ke rumah, anak yang masih bayi diganggu dengan teruk, rupanya-rupanya yang menumpang sebelumnya adalah seorang ''nenek tua'' yang mahukan teman.

Seram, itulah yang boleh digambarkan melalui kisah benar yang tular di laman facebook ini. Pengalaman menakutkan ini dialami oleh seorang ibu bersama bayinya sewaktu mahu pulang bercuti di kampung halaman baru-baru ini.

Diharap perkongsian ini dapat menjadi ikhtibar buat para ibu bapa di luar sana. Disebabkan itulah, anak yang masih bayi tidak digalakkan untuk dibawa keluar pada waktu malam terutamanya yang melibatkan perjalanan jauh bimbang kejadian seperti ini berlaku.

Jom kita ikuti pengalaman seram wanita ini seperti di bawah.

Gangguan Nenek Tua

Maybe post aku yg ni agak panjang, tapi aku just nk share pengalaman yg terjadi kat baby syifa.. semoga dpt dijadikan iktibar untuk kita semua.. nak dijadikan cerita, masa balik dari kl ke kelantan hari tu kiteorg gerak agk lewat.. lepas zhor baru gerak, so sampai gua musang dah nk senja, dlm kol 6 lebih tak silap..

Sepanjang perjalanan dari kl ke gua musang syifa mmg tak tidur langsung..si syifa nie suka berdiri and tgk keliling.. masa tu tak pikir ape2 pon kan.. smpai rnr, kiteorg berhenti mkn, mandikan syifa and tunggu solat maghrib.. lepas dah settle semua, kiteorg meneruskan perjalanan.. opss, sebelum terlupa masa balik tu, dlm kete ade aku, naida, maryam and baby syifa.. girls only...

Lepas dah gerak tu, baru syifa tertidur.. dlm hati mmg lega la sbb tdur jugak budak kecik ni.. dalam perjalanan nk menghala ke kuala krai, tetiba ade kete hon.. mula2 tu, kiteorg pkir sebab kiteorg bawak slow sgt kot.. selang bape saat, ade lagi kete yg hon and terus potong kiteorg.. disebabkan tak sedap hati, kiteorg berhenti tgk.. masa tu naida n maryam je keluar tgk.. mmg takde ape pon yg berlaku..so, kiteorg just berfikiran positif je la walaupon dlm hati masing2 da rasa lain mcm..




Dalam pkul 11.30 selamat smpai rumah umi.. masa nk keluar dari kete, syifa pon dah tersedar.. dia tak nangis pon tapi mcm mamai2 je.. masuk dlm umah pon ok je la.. dah siap2 bersihkan diri, mmg nk tidur la kan.. penat dah bdn nie.. start kol 1230 syifa nangis.. bkn nangis yg biasa2 tapi nangis yg menjerit2.. umi ckp maybe syifa kembang perut.. sapu ubat, urut2 pon still tak jalan.. makin kuat suara dia.. ayat quran, doa, zikir, selawat, berzanji, marhaban sume tak berkesan..

Panggil tok guru mengaji dpn umah dtg, still sama jugak.. maryam call abg dia, sbb abg dia boleh ubatkan org.. abg dia ckp maybe terkena gangguan yg berupa nenek tua.. kiranya syifa stop nangis sbb dia mmg dah terlalu penat.. kol 4.30 bru dia tertidur.. tu pon tidur dlm keadaan tkut2 and teresak2.. aku sendri pon nangis sbb kesian tgk dia..

Pagi tu dia bangun mcm biasa, tapi tak ceria la.. kebetulan hari tu nk g kenduri umah kwn kiteorg, so kiteorg singgah umah tok ayah, tok ayah ni boleh la berubat org jugak la.. lepas blik dari umah tok ayah mmg syifa ceria je.. so kiteorg pkir, dah takde ape2 kot.. tok ayah tu ckp, maybe terkena teguran je la kot.. dpt la g wedding member dgn tenang..balik dari kenduri tu dah petang je jugak la..

Nak smpai area rumah, syifa dah start meragam.. mcm syifa tau2 je dah nk smpai umah.. dah siap mandikan dia, susukan dia, dia nangis balik.. tangisan yg sama mcm mlm yg sebelum tu.. hari tu kebetulan ramai sedara yg dtg umah, so lepas yg nie dukung, yg tu dukung, semua dia tak nak.. mmg kalau kite dukung dia, dia akn tekapkan muka kat badan kita.. maybe sbb syifa takut sgt..

Cakap kat umi try la call mak bidan (kak na) maybe dia boleh tolong.. kak na nie org yg urutkan aku mssa aku dlm pantang.. dlm 10 minit lepas tu kak na datang dengan kak na pon syifa tak nak.. dia still menangis.. pastu umi ckp pergi lah masuk bilik dengan susukan syifa sambil kak na baca2 doa ke ape.. so, masa atas katil sambil nk susukan syifa kak na nie ngadap ngan aku.. org ckp face to face la.. dekat la jarak aku ngan dia.. mula2 ok je sembang ngan dia, biasa kalau kite sembang mesti la kite tgk mata org yg kite sembang tu kan..

Duk borak2 ngan dia, zass aku perasan dia mcm kena rasuk.. mata dia, wajah dia seram sgt.. taip nie pon tetibe bulu roma aku tegak je sbb teringat muka dia.. huwaaaaaa.. mmg msa dia dah kena rasuk tu, aku menjerit panggil umi aku.. nasib masa tu aku peluk  syifa and tak bagi dia pegang syifa.. aku tepis tangan dia sbb dia nk pegang syifa.. rasa mcm dlm movie seram sgt msa tu..

Cepat2 aku keluar blik.. tangisan syifa makin kuat sbb dia terkejut aku menjerit.. aku pon masa tu rasa mcm hilang separuh semangat aku.. mmg kecoh sgt kat umah msa tu.. smpai jiran2 yg dekat semua dtg.. msa tu kak na still kena rasuk..dia jadi nenek tua oi.. suara dia, gaya dia mcm org tua la.. mmg aku dah tak berani nk tatap mata dia, takut dari mata trun ke hati.... lepas dia sedar, dia ckp dia nak balik.. dia tak boleh tolong.. lagipon dia ade hal lain.. syifa mmg tak berhenti nangis lagi ok..


Gambar Hiasan

Elok je kak na tu balik, datang pulak tok abah.. jiran aku yg tolong call tok abah suruh dtg.. tok abah dtg, dia mintak benang kuning.. sambil dia duk simpul2 benang tu ade la dia bca ayat2 quran.. lepas tu dia pakaikan syifa dgn rantai benang kuning tu.. ok, syifa senyap kejap.. selang bape minit, dia nangis balik.. tok abah ckp mmg benda yg ikut syifa nie degil.. dia mintak pulak garam and lada hitam untuk pagarkan rumah.. syifa berhenti nangis.. so, tok abah assume benda tu dah lari.. tak lama kemudian, syifa start nangis balik.. tok abah ckp benda nie ade lagi.. mmg masa tu semua dah buntu kan..

Pastu aku citer kat tok abah yg sebelum tok abah dtg kak na tu dtg.. citer la kat dia yg kak na tu kena rasuk.. dia beriya suruh panggil kak na tu blik.. katanya dia, kalau ade kak na senang sikit nk settelkan mslh nie.. umi call kak na blik, mula2 dia mmg berat hati nk dtg tpi dia dtg jugak dgn syarat dia suruh umi call suami dia suruh dtg jugak sbb masa tu kak na kat rumah org lain.. sementara tunggu kak na and suami dia sampai, syifa mmg dah tertidur kepenatan..

Kak na and suami dia pon smpai.. masa tu aku da msuk bilik sbb temankan syifa tidur.. takleh bla ajak maryam sekali sbb takut.. aku and maryam just dgr dari dlm blik la.. kiranya kak na ni dia relakan bdn dia untuk jdi perantara antara nenek tua dgn tok abah.. so, masa bdn dia kena rasuk jdi nenek tua, mcm2 la dpt kita tanya kat dia.. so ni aku sertakan dialog tok abah and kak na (masa ni dia dah jdi nenek tua)

Tok abah : kenapa ganggu budak kecik?

Nenek tua : aku bukan ganggu, aku nk main2 je dengan dia.. aku suka budak tu sebab dia comel..
Tok abah : balik la tempat asal kau, jangan diganggu budak kecik nie.. kesian dia takut tengok kau..
Nenek tua : aku tak de sape, aku nk tumpang budak ni.. aku seronok duk sini.. (setan kau ingat aku seronok ke)
Tok abah : macam mana kau boleh ikut budak ni?
Nenek tua : aku duk kat bonet kereta.. nak masuk takde org bukak pintu..
Tok abah : dah la ganggu budak ni.. and bla2 (tak kose aku nk taip pnjang2)

Masa ni ade la scene kak na nie hentak kepala dia kat pintu blik sbb nak masuk bilik nk amik syifa.. jgn risau ye kwn2, masa nie mesti la aku da kunci pintu duk senyap2 dlm bilik ngan syifa and maryam..

Alhamdulillah, last2 dpt jugak buang benda tu dari badan kak na dgn cara paksa.. tapi kesian la dengan kak na sebab badan dia jadi lesu lepas dia da sedar.. terima kasih byk2 kak na.. tok abah da g buang benda tu kat sungai wakaf stan.. sape ase nk cari nenek angkat boleh la g cri kat sungai wakaf stan..

Pesan tok abah, kalau nk berjalan jauh bawak anak kecik, sediakan lada hitam, garam and asam keping letak dalam bekas kecik.. dalam perjalanan bukak la tudung bekas tu, sebab kita nk elak benda2 halus camnie ganggu anak kita.. jgn lupa jugak baca ayat qursi and selawat hembus kat ubun2 anak sebelum nak keluar dari kete..



Yang paling penting jgn la kite semua bergantung sepenuhnya pada garam, lada hitam, cukup rasa and seumpanya kerana Allah maha berkuasa terhadap seluruh alam semesta.. banyakkan berdoa dan yakin pda Allah s.wt.. da jadi camni aku harap kite semua lebih berhati2.. sape tak syg ank kan.. semoga Allah melindungi kita semua dari segala anasir2 jahat.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "