Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pasangan Kekasih Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik Disebuah Restoran Antara Terbaik Dunia

Ditulis oleh farra vy, 27 Feb 2018

Setiap daripada kita mempunyai keinginan diluar batas sebagai salah satu cara memuaskan diri sendiri.  Sama seperti pasangan ini yang sanggup membayar hampir RM3,000 untuk 25 hidangan di sebuah restoran di Bangkok, Thailand.

Restoran Gaggan adalah antara tujuh restoran terbaik dunia dan menghidangkan hidangan berkonsepkan artistik, inovatif dan moden oleh Chef Anand, seorang Chef bertaraf bintang Michelin.  Restoran ini juga telah dinobatkan sebagai juara untuk 'Tempat Makan Terbaik 50 Asia' selama tiga tahun berturut-turut.

Keunikan restoran Gaggan telah membawa pasangan suami isteri ini terbang ke Bangkok dan membuat tempah awal semata-mata untuk mencuba makan malam.  Sesampai mereka disana, seorang pelayan telah membawa mereka ke meja Chef dan besar hati mereka menerima pelawaan tersebut.

Hidangan daripada menu yang ditawarkan adalah bertema 'Perjalanan Masakan India' dengan sentuhan lebih moden dan divisualkan melalui 25 emoji seperti dibawah.




Setelah menunggu, mereka dihidangkan dengan menu pembuka selera diberi nama 'Paan'.  Ia merupakan hidangan tradisional India daripada ramuan daun sireh, buah-buahan, rempah-ratus dan tembakau.  Daun sireh digoreng rangup dengan adunan tepung tempura bersama secalit jem berperisa cili istimewa diatasnya.


Hidangan kedua diberi nama 'Raita'.  Ini adalah hidangan yang membuatkan Chef Anand terkenal.  Ia berasaskan yogurt dengan menggabungkan sodium alginate dan kalsium daripada susu yang akan mencair didalam mulut bagi sesiapa yang memakannya.


Menu seterusnya adalah sup tomyam yang berupa kepala udang dan dikeringkan.  Rasanya sama seperti rasa sup tomyam tetapi dalam bentuk yang rangup.


Ini adalah biskut wafer terung dengan proses penyediaan yang rumit namun unik seperti dibawah:


1. Terung segar dibakar di luar tetapi dimasak dengan lembut di dalam.

2. Disejuk beku di dalam peti sejuk beku segera pada suhu -40°Celsius.

3. Disejuk beku kering untuk membuang semua kelembapan terung selama 4 hari.

4. Terung dijadikan serbuk, dicampur rempah ratus dan minyak menjadi doh dan dipotong dengan potongan biskut.

5. Cutni bawang istimewa diletakkan di antara kedua potongan biskut wafer terung.

Hidangan ini memerlukan 8 hingga 9 orang chef dan disediakan 5 hingga 6 hari sebelum boleh dihidangkan kepada pelanggan.

Seterusnya, gula-gula perasa cili. Tidak terlalu pedas, dan lemak berkrim.


Ini pula adalah otak kambing dengan beberapa ramuan unik dan dikatakan lazat.


'Idli Sambar', sejenis hidangan daripada India Selatan diperbuat daripada beras, kacang, rempah ratus dan asam jawa.  Ia diolah dengan bentuk paf yang lembut dan ringan.


Hati ayam dan kelapa.


Burger kecil ini dikatakan sedap walau nampak ringkas.



Taco ikan dengan salsa mangga segar.


Hati itik yang sudah dikembangkan dihidang bersama marshmallow yuzu dalam bentuk wafer.


Kek ikan dengan tekstur keju.


Sushi tuna dikatakan antara yang paling enak.



Teh matcha atau sup sayur yang terdiri daripada ramuan asparagus, saleri, beberapa jenis sayuran dan herba.


Kari dengan aiskrim kelapa dan cutni cili hijau.


Burung puyuh dalam sangkar.



'Paturi', nasi dan ikan berempah dibalut dalam daun pisang yang ditindan bersama kayu sebelum dibakar untuk mendapatkan aroma dan rasanya.



Hidangan arang diperbuat daripada sayur asparagus rasa berkrim.



Udang karang dengan sos kari dan rempah.


Bunga ros daripada ubi bit.


Kari, mangga, dan coklat digabungkan.


Kek 'Black Forest' dengan serbuk ceri.  Apabila memakannya rasa berkrim seperti kek asal.


'Ghewar' hidangan pemanis mulut diperbuat daripada biskut dan mangga sebagai penutup.


Setelah mencuba kesemua hidangan, pasangan ini merasakan pengembaraan mereka ke Bangkok adalah amat berbaloi.  Mereka juga ingin berkunjung lagi kelak untuk merasai keunikan hidangan Chef Anand dalam berinovasi.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Upd4te Bett1ng, Spootbook, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "