Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Majlis Keselamatan PBB Luluskan 30 Hari Genjatan Senjata Di Syria

Ditulis oleh seventeen century, 26 Feb 2018

26 Feb - Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), telah meluluskan genjatan senjata selama 30 hari di Syrian berikutan serangan bertali arus melanda Ghouta Timur yang telah meragut lebih 500 nyawa orang awam.

Memetik laporan BBC, Badan itu mahu resolusi berkenaan dilaksanakan serta-merta bagi membolehkan misi bantuan kemanusiaan dan perubatan disalurkan dengan negara ke negara wilayah bergolak itu.

Pemantau Hak Asasi Manusia berpendapat, pesawat perang Syria yang dibantu negara Rusia melancarkan serangan di Ghouta Timur sejurus selepas pengundian oleh Majlis Keselamatan.

41 orang awam dilaporkan terkorban dalam serangan terbaru semalam dan ahad lalu, serangan di luar Damsyik oleh rejim Bashar Al-Assad mengorbankan sekurang-kurangnya 127 kanak-kanak.


Namun, Rusia menafikan sebarang pembabitan dalam serangan itu. Undian yang dibuat pada awalnya dijadualakan pada Khamis, namun ditangguh beberapa kali kerana gagal mencapai kata sepakat dalam usaha mengelakkan penggunaan kuasa veto oleh Russia yang menyokong rejim Bashar.

Duta Besar Amerika Syarikat, Nikki Haley, berkata, penderitaan penduduk Syria semakin bertambah setiap kali rundingan berkenaan ditangguhkan.

"Selagi tiada kata sepakat dicapai, bom dari jet pejuang Assad akan terus membunuh ratusan nyawa tidak berdosa.

"Sepanjang tempoh tiga hari majlis ini bersidang, berapa ramai ibu yang terpaksa kehilangan anak masing-masing," katanya.







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "