Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Letak Anak Dalam Baby Cot Konon Elak Bahaya, Doktor Dedah Antara Kesilapan Ibu Bapa Punca Anak Autism

No Comment

Ramai ibu bapa kurang mengetahui apa sebenarnya autism. Apakah simptom-simptom yang boleh dikesan bagi anak yang menghidap autism ini dan adakah ada cara untuk mengubatinya? Paling penting punca menyebabkan berlakunya autism. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak sejak lahir supaya dapat bertindak awal sekiranya terdapat perkembangan yang pelik atau tidak normal dalam tumbesaran mereka.

Perkongsian daripada Doktor Maryam Jamadi melalui laman facebook ini diharap dapat membuka mata ibu bapa. Pengalaman beliau berhadapan dengan bayi yang mengalami masalah autism adalah antaranya berpunca dari kesilapan ibu bapa sendiri. Mujurlah dalam kes Arif ini ibu bapanya menyedari kesilapan awal mereka dan berusaha membantu Arif hingga dia pulih.

Namun apa yang merisaukan, kes seperti ini kerap berulang kali berlaku. Ternyata ibu bapa masih tidak mempunyai kesedaran bahawa perbuatan mereka sebenarnya yang mendorong autism dalam kalangan anak-anak. Nampak remeh, tapi memberi impak yang besar.

Untuk penerangan yang lebih jelas, jom kita baca perkongsian doktor ini seperti di bawah. Semoga boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

KISAH BENAR ARIF

Saya ada seorang klien berumur 2 tahun 5 bulan bernama Arif (bukan nama sebenar), punca utama lakukan terapi di tempat saya sebab paling dekat dengan tempat kerja. Tahu tempat saya pun dari Mr. Google.

Macam biasa, bila ada klien baru saya akan lakukan penilaian untuk tahu case history, medical history dll. Dalam masa 5 minit assessment, saya dah rasa terkejut sangat bila tahu Arif dahulu tak mengesot dan merangkak, dari baring terus memanjat untuk berdiri dan berjalan semasa umur 9 bulan. Apabila masuk umur 1 tahun 6 bulan, mak ayah baru perasan Arif lain dari yang lain:

1. Tak menyahut apabila di panggil.
2. Belum ada perkataan pertama.
3. Kurang eye contact.
4. Tak dapat mengikut arahan.
5. Kurang/ tidak pandai bermain.
6. Tak suka disentuh dan dipeluk.

Ciri-ciri di atas adalah antara tanda-tanda awal autisme. Disebabkan risau dengan keadaan Arif, mak ayah Arif bawa jumpa Pakar Kanak-Kanak untuk diagnosis.

Diagnosis semasa itu (1 tahun 6 bulan) adalah "suspected severe autism". Setelah mendapat tahu keadaan sebenar Arif, ibu Arif yang asalnya bekerja terus berhenti kerja untuk memberi sepenuh perhatian pada Arif. Setelah terapi yang berterusan selama 5 bulan ditambah dengan mak ayah meneruskan terapi dirumah, mak ayah bawa lagi Arif jumpa dengan Pakar Kanak-Kanak untuk tahu perkembangan Arif. Dari suspected severe autism bertukar ke moderate autism dalam masa 5 bulan. Sangat cepat!

Kini, mak ayah Arif dah berjaya kejar tahap perkembangan Arif yang dulunya umur sebenar 1 tahun 6 bulan, tetapi umur perkembangan bawah 6 bulan, sekarang dah sama dengan umur sebenar cuma masih lagi ada masalah fokus disebabkan kecelaruan sensori.

Yang paling ketara dulu suspected severe autism, sekarang dah hilang semua tanda-tanda autisme di atas. Hanya dalam masa 1 tahun. Alhamdulillah.

Mesti tertanya-tanya kan apa punca Arif terlewat perkembangan dan suspected autism? Oh ya lupa nak beritahu, Arif dijaga oleh atuk dan neneknya semasa mak ayah Arif sibuk bekerja.

1. Baby cot.


Gambar Hiasan

Dari bayi sehingga umur 1 tahun 6 bulan, sepanjang hari hanya duduk dalam baby cot. Puncanya adalah sebab terlampau takut anak terjatuh, takut nak bagi anak pegang dan masukkan mainan dalam mulut apa-apa peralatan dirumah sebab risau kotor. Bukan itu sahaja, mereka juga terlampau takut nak bagi anak bebas merata satu rumah sebab semua benda bahaya bagi mak ayah Arif.

*Untuk perkembangan yang sihat, bayi WAJIB meneroka, pegang itu ini, ambil itu ini, capai itu ini dan sebagainya. Kalau 24 jam duduk dalam baby cot, bila masanya dia nak capai itu ini, ambil itu ini kan. Sampaikan terus skip meniarap dan merangkak disebabkan tak ada ruang nak meneroka. Baby cot tak salah, tapi yang salahnya tak ada peluang dan masa langsung anak untuk bebas.

2. TV sepanjang hari.


Gambar Hiasan

Duduk dalam baby cot 1 isu, dibuka pula TV sepanjang hari untuk distract anak sehingga anak langsung tak ada peluang anak menangis. Menangis adalah bahasa pertama bayi ya, tak perlu takut anak menangis sebaliknya cari punca kenapa anak menangis. TV dipasang sepanjang hari adalah kesilapan paling besar sekali, sampaikan anak jadi tak tahu komunikasi 2 hala + tak tahu bunyi mana penting + tak reti filter bunyi + tak tahu berinteraksi dengan normal sebab hanya belajar dari nursery rhyme dari TV sepanjang hari.

Nursery rhyme tak ajar bayi cara balas senyuman, tak beri bayi rangsangan deria sentuhan, tak ada interaksi 2 hala dan sebagainya.

3. Kurang sentuhan dan pelukan.


Gambar Hiasan

Selalu mengharapkan TV untuk "mengasuh" anak sehingga anak jadi terlampau sensitif untuk dipegang dan dipeluk. Walaupun dengan mak ayah sendiri.

4. Makan bubur sahaja.



Disebabkan takut anak tercekik makan nasi biasa, biskut, roti ataupun buah. Sepanjang 1 tahun 6 bulan tak pernah beri makanan lain selain bubur. Bubur pun sangat cair macam air. Menyebabkan anak tak belajar menguyah dan tak guna otot-otot di kawasan mulut dengan baik.

Isu ini makin merumitkan keadaan Arif sebab nak bantu masalah ini perlu masa dan bermacam-macam cara. Bayangkan 70% tempoh masa Arif hidup hanya makan benda sama, tekstur sama. Nak perbaiki masalah ini sangat memerlukan kesabaran. Umpama kita dah biasa makan nasi setiap hari, tiba-tiba orang nak paksa makan roti sahaja setiap hari. Susah kan?

4 punca di atas dah cukup untuk menjadi punca utama Arif kelewatan perkembangan dan suspected autisme. Tapi yang paling bagusnya mak ayah Arif sedar awal kesilapan masing-masing dan buat bermacam cara untuk membantu Arif, sehingga sanggup berhenti kerja. Ini adalah salah satu punca juga saya banyak berkongsi di facebook, supaya tak ada mak ayah yang ulang kesilapan yang sama. Kalau ada buat silap, sila perbetulkan secepat mungkin macam mak ayah Arif.

Mesti pelik kan macam mana dari suspected severe autisme terus hilang? Ya, boleh.

Saya bukan doktor yang boleh diagnose, tetapi berdasarkan pengalaman, Arif mungkin hanya "Virtual Autism" iaitu symptom autism yang muncul disebabkan excessive screen exposure (terlebih TV/gadget).

Apa yang mak ayah Arif buat?

Yang pertama, haruslah tutup TV, banyakkan bermain bersama, banyakkan meneroka, topup kembali masa yang terbazir di hadapan TV. Rujuk terapis cara kerja, terapis pertuturan ataupun terapis pemakanan untuk belajar teknik-teknik untuk membantu masalah Arif seteruskan amalkan setiap hari.

"Autism" yang sebenar-benarnya tak boleh sembuh atau hilang tetapi boleh dikurangkan symptom melalui terapi yang sesuai. Kalau mak ayah perasan anak ada simptom autism, sila rujuk doktor pakar dahulu supaya dapat bantu anak secepat mungkin. Kalau appointment doktor pakar waiting list 6 bulan, sila buat developmental assessment (penilaian perkembangan) dengan occupational therapist atau speech therapist.

Kalau assessment dengan saya, jangan pelik kalau saya korek sedalam-dalamnya sejarah penjagaan anak sebab saya nak kenalpasti punca masalah untuk diperbetulkan secepat mungkin demi membantu anak.

Semakin cepat semakin bagus sementara anak masih dalam fasa rapid growth. Paling bagus semasa anak bawah 3 tahun.

Kes Arif ini bukanlah kes pertama, sebenarnya ada banyak kes yang sama macam ini dan saya harap info ini sampai pada mak ayah lain supaya tak buat kesilapan yang sama.

Terima kasih, mohon SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli