Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lebih Sedekad Kerja Di Kafe Tersohor, Resepi Bancuh Nescafe Terlajak Sedap, Cukup Manis, Pahit Dan Berlemak

Ditulis oleh farra vy, 27 Feb 2018

Dikatakan sebagai minuman untuk memulakan hari, kopi adalah perkara pertama paling penting pada waktu pagi untuk berjuta-juta orang diseluruh dunia.  Aromanya dengan kerjasama susu, dan gula menjadikan ramuan berbuih itu sebagai permulaan menyenangkan untuk setiap hari.

Bagi penggemar kopi dan nescafe pastinya anda tidak sabar untuk mencuba resipi ini, warnanya yang pekat dengan tambahan ais membuatkan ia menjadi salah satu penyejuk tekak pada musim panas.  Wan Luqman menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi formula bancuhan nescafe dengan rasa yang sangat sedap.

Lebih sedekad bekerja di Starbucks membuatkan beliau sangat mahir dalam mengolah minuman mengikut seleranya.  Mari curi resepi rahsianya seperti dibawah!

Salam 1 jemaah nescafe...saya tak pandai masak.

Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit2, berbekalkan pengalaman kerja distarbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku.

Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

Tapi nescafe ni power, macam panadol. Juling bijik mata kalau minum. Untuk seorang minum.
Nescafe sedap bergantung pada kesempurnaan warnanya..

Mintak maaf ya, aku paling tak suka 3 in 1 tu...kite menci 3in1

Kepada penagih sekalian alam....Kalau boleh sehari sekali dua cukuplah...jangan gelas besar..280 - 325ml pun dah ok. Asal hilang ketagih...sebab tu perut kau buncit tak kempis2...yang disalahkan, nasi...kesian nasi

1. Satu sudu kecil nescafe 


2. 2-4 sudu kecil susu cair


3. 1 1/2 sudu susu manis


4. Campurkan dah kacau 


5. Warna yang dimahukan ketika semua bahan dikacau.  Bau macam dekat Starbucks! Jangan risau, bancuhan tak manis sangat.  Cukup pahit, cukup manis dan berlemak


6. Tuangkan air panas yang betul-betul panas mendidih


7. Dah siap! Warna Sungai Pahang yang kita mahukan.  Kalau nak lagi sedap, letak satu sudu minyak kelapa dara.  Dah terbiasa dengan etika budaya kerja Starbucks, "never fill up the water to the top, mesti 3/4"



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "