Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KTM Komuter Beroperasi Mengikut Jadual Waktu Baharu Mulai Esok


2 Feb - Bermula 3 Februari 2018, Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu seirang dengan maklum balas daripada pengguna dan nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkenaan jadual waktu sedia ada yang digunakan sejak 22 Disember lepas.

Menurut Khair Johari, selaku Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter perubahan jadual waktu itu bagi memastikan perkhidmatan lebih lancar sepanjang penutupan satu landasan antara Stesen KL Sentral - Stesen Putra dan Stesen Kuang - Stesen Sg Buloh berikutan kerja-kerja Projek Menaik Taraf Infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang dijangka siap November 2019.

Kenyataan Media dari KTM
"KTM Berhad (KTMB) komited dan prihatin untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna KTM Komuter walaupun kami berhadapan dengan cabaran untuk memastikan kerja-kerja projek dijalankan mengikut perancangan dan pada masa yang sama perlu memenuhi keperluan pengguna," katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala, jadual waktu laluan bagi Pelabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang akan mengalami perubahan berikutan kekerapan tren yang baharu iaitu setiap 30 minit sepanjang hari berbanding sekarang iaitu setiap 15 hingga 30 minit pada waktu puncak dan 60 minit di luar waktu puncak.

Bagi laluan dari Pulau Sebang - Batu Caves - Pulau Sebang juga bakal mengalami perubahan susulan perubahan corak operasi tren, tiada perkhidmatan terus dari Pulau Sebang ke Batu Caves dan sebaliknya mulai esok.

Perkhidmatan tren dari Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen KL Sentral dan akan berpatah balik ke Pulau Sebang dengan kekerapan tren setiap 20 minit (waktu puncak) dan 30 minit hingga 90 minit (waktu luar puncak).

Selain itu, perkhidmatan tren dari Batu Caves akan ditamatkan di Stesen Sentul dan akan berpatah balik ke laluan Batu Caves dengan kekerapan 20 minit (waktu puncak) dan 40 minit (waktu luar puncak).


Manakala perkhhidmatan bas perantara juga akan disediakan dengan kekerapan 20 minit hingga 30 minit kepada penumpang yang ingin menyambung perjalanan ke laluan Pulau Sebang atau Batu Caves untuk membolehkan penumpang dari Stesen KL Sentral ke Stesen Sentul atau dari Stesen Sentul ke Stesen KL Sentral atau LRT Sentul menyambung perjalanan dengan tren untuk destinasi masing-masing.

Perubahan ini juga akan menghentikan perkhidmatan tren secara terus ke laluan Pulau Sebang atau Batu Caves dari stesen Kuala Lumpur, Bank Negara dan Putra.

Pengguna dinasihatkan menaiki tren dari laluan Tanjung Malim untuk ke Stesen KL Sentral atau perkhidmatan tren Rapid KL (Laluan Sri Petaling) sebagai alternatif untuk ke destinasi masing-masing.


"KTMB amat menghargai dan mengharapkan pemahaman serta sokongan pengguna setia perkhidmatan KTM Komuter dalam tempoh pelaksanaan projek KVDT berikutan kesulitan yang terpaksa ditempoh pada masa kini untuk kemudahan masa depan," katanya.

Jadual waktu baharu itu boleh dirujuk atau dimuat turun di laman rasmi KTMB di www.ktmb.com.myatau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau twitter @ktm_berhad untuk informasi lanjut.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli