Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kereta N Thanabalan Yang Hilang Ditemui Di Stesen Minyak

3 ulasan

KUALA LUMPUR: Kereta Proton Iswara milik pemain bola sepak negara, N Thanabalan, yang dicuri kelmarin telah ditemui Polis Selangor di sebuah stesen minyak di Ampang, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, kereta berkenaan ditemui sekitar jam 3 pagi susulan maklumat orang awam.

"Pada masa ini kita sedang mengumpulkan segala maklumat bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenalpasti suspek yang terbabit.

"Siasatan pada masa ini sedang dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Terdahulu, kereta N Thanabalan dilaporkan hilang dalam kejadian sekitar 5 pagi kelmarin selepas pemain pasukan Negeri Sembilan itu meletakkan keretanya tidak jauh dari Batu Caves bagi menghadiri sambutan Thaipusam.

Pada pukul 3 pagi, Thanabalan dilaporkan meletakkan kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya itu disitu sebelum hilang.

Susulan kehilangan kereta yang dibelinya dua tahun lalu, beliau kemudiannya membuat laporan polis di  IPD Gombak.

Tidak lama selepas membuat laporan polis, Thanabalan memaklumkan kejadian berkenaan menerusi Facebook serta Instagram peribadinya dan berharap orang ramai yang melihat keretanya itu menghubunginya segera.

Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli