Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerana Marah Muka Diconteng Cat, Pelajar Tergamak Belasah Guru Pendidikan Seni Sampai Mati


Seorang guru pendidikan seni yang bertarung nyawa selepas dibelasah salah seorang pelajarnya, meninggal dunia pada Khamis lalu.

Kejadian itu berlaku di Jawa Timur, Indonesia. Guru terbabit, Ahmad Budi Cahyono mengajar di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 1 Torjun, Kabuputen Sampang di daerah tersebut. Mangsa telah menghembuskan nafas terakhirnya semasa dirawat di Hospital Dr Soetomo.

Gambar kenangan Ahmad Budi bersama isterinya

Bagi melindungi identiti suspek, polis menamakan murid tersebut sebagai HI. Menurut polis, ketika sesi pembelajaran berlangsung, HI tidak fokus malah mengganggu pelajar lain.

Mangsa juga berulang kali menegur suspek supaya berhenti bermain namun tidak diendahkan, malah sikap nakal HI semakin menjadi-jadi. Disebabkan itu, mangsa mengambil berus cat dan menconteng pipi pelajar terbabit.

Kerana tidak berpuas hati, HI bangun dan membelasah mangsa tanpa belas kasihan. Pelajar dan guru-guru lain terpaksa masuk campur bagi menghentikan perbuatan HI itu, kata Pesuruhjaya Polis Jawa Timur.

Suspek yang hanya dinamakan sebagai HI

Difahamkan selepas insiden tersebut, guru itu diberi kebenaran oleh pengetua sekolah untuk pulang lebih awal. Setibanya di rumah, keluarga mangsa memberitahu mangsa mengadu sakit pada bahagian leher sebelum masuk tidur.

Selang beberapa jam, mangsa mengadu sakit sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Dr Soetomo di Surabaya. Menurut sumber, daripada keterangan guru-guru yang berada di hospital, mangsa mengalami mati otak dan semua organ juga sudah tidak berfungsi.

Menurut polis, mangsa disahkan meninggal dunia pada Khamis kira-kira pukul 9.40 pagi (waktu tempatan). Katanya, kes masih disiasat dan tindakan dan hukuman sewajarnya akan dikenakan kepada pelajar terbabit.


Sumber : Sindonews via terengganutimes
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Pinjaman untuk pelbagai tujuan
    Kami menawarkan jumlah minimum sebanyak RM5,000.00 kepada RM5 juta
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    Lebih daripada 18 tahun
    Transaksi ini 100% selamat untuk semua orang
    Untuk maklumat lanjut tentang kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    ([email protected])

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli