Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepala Pelajar Perempuan Terbelah Dua Terkena Bilah Pisau Traktor Mesin Rumput Di Padang Sekolah

Ditulis oleh firdausishak, 13 Feb 2018

Seorang pelajar perempunan tingkatan dua maut selepas dipercayai terkena bilah mata pisau traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Abd Razak berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi tadi di mana Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua dipercayai selepas terkena bilah berkenaan.

Dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut bagaimana kejadian itu berlaku. Namun, difahamkan ketiga-tiga pelajar itu berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian itu berlaku.

"Pihak polis menerima panggilan kecemasan sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dengan segera. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dibawa ke Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan," katanya.






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "