Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kami Bagi ''Double Signal'' Tiada Siapa Hirau, Nasib Jumpa Abang Polis, Tapi Bila Dah Sampai Hospital, Baby Dah 'Pergi' Untuk Selamanya


10 Feb - Ibu mana yang tidak sedih jika mengalami keguguran. Walaupun zuriat itu masih belum dilahirkan, namun bagi mereka, mereka tetap kehilangan seorang anak.

Tidak semua ibu yang mampu tabah apabila diuji sebegini. Seperti tabahnya seorang ibu yang bernama Nani Sabri. Beliau menceritakan detik cemas sebelum dia kehilangan anaknya yang tercinta akibat keguguran.

Beliau menceritakan kejadian yang berlaku pada 8 Februari 2018 menerusi akaun Facebooknya. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada seorang anggota polis trafik yang melancarkan perjalanan beliau ke hospital ketika itu.

Sejurus tiba di hospital dan diperiksa oleh doktor, dengan tenang dan sabar doktor itu memberitahu Nani bahawa anaknya sudah tiada degupan jantung dan saiznya yang sepatutnya bersaiz 13 minggu tetapi cuma kelihatan 12 minggu sahaja melalui mesin pengimbas.

Berikut adalah kisah penuh yang diceritakan oleh Nani Sabri tentang saat duka kehilangan anaknya akibat keguguran. Semoga menjadi pedoman buat kita semua.

8/2/2018
Khamis

Terima kasih polis trafic yang bertugas jalan dato kumbar pagi semalam. Jalan sesak, bg double signal tiada siapa yang hirau. Tiada siapa yang bg laluan, sehingga jumpa polis trafic yg bertugas tepi jalan, dia melancarkan perjalanan ke PMC.Terima Kasih Tuan, #polistrafik




Bleeding, Risau takut terpaksa admid wad berbulan2, mcm first pregnant di sebabkan Placenta Previa. Tetapi gagah jugak untuk beranikan diri utk checkup sbb sakit perut lain macam.

Coretan sekadar ingatan, Sampai di PMC, doc Kumar Ramasamy untuk scan, mummy nampak, yaa mummy perasan tiada kelipan heartbeat. “Tiada Bunyi”

“Jantung baby doc?” Itu ja terkeluar dari mulut, doc terdiam. Allahhuakbar. Allahhuakbar. The very, the most calmness doc ever Doc Kumar I ever had. Explain nicely, very soft spoken.

“Puan, jantung baby no”heartbeat”, size should be 13weeks, tapi ikut size scan 12weeks.”
Allahhuakbar.




Mummy mengandung kamu, tanpa alahan, tanpa morning sickness, tanpa mengidam apa2, Cuma mummy kurang makan tak seperti first pregnant,kamu sgt baik, behave walau mummy duper sibuk dengan kerjaya mummy.

Cuma perkataan “Kamu menanti di syurga” buat mummy kuat. Kamu keluar dengan mudah, mummy tak sakit pon, tanpa injection. Terima Kasih Sayang. Awak sangat baik, sampai awak nak keluar pon mummy tak sakit. Allah

Tunggu mummy dan daddy Azim Paklah “Syurgaku” Bersemadilah atas kubur nenek kamu sayang. Damailah bermain disana, terima kasih atas darjat tertinggi, saham tertinggi buat ku Allah. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja F4ns Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli