Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Si Dia Menggelupur Nak iPhone 7, Banyakkan Azan Kat Telinga Dia", 7 Cara Ini Bantu Anda Ajar Pasangan Urus Duit Walau Gaji Tak Besar

Ditulis oleh farra vy, 26 Feb 2018

Kemahiran atau ilmu pengurusan wang ini tidak pernah diajar disekolah atau mana-mana pusat pembelajaran walhal topik ini adalah penting kerana dengan perancangan kewangan yang salah, sukar untuk kita melakukan apa-apa.

Tak ramai yang menyedari betapa pentingnya mengurus wang daripada pendapatan yang diraih samada melalui pekerjaan profesional mahupun sendiri.  Maka, banyak kita lihat perniagaan yang bertapak setahun dua terus tutup selepas itu kerana gagal merancang duit keluar masuk dengan betul.

Pengurusan wang sistematik termasuk juga dengan kadar pembayaran zakat dan jumlah sumbangan yang kita mampu berikan kepada masyarakat yang tidak bernasib baik.  Disitulah datangnya keberkatan dalam pengurusan kewangan yang baik.

Hal ini juga penting kepada pasangan yang baru saja hidup bersama.  Pasangan lepas berkahwin yang baru nak mulakan hidup, gaji tak berapa besar dan masih dalam keadaan duit yang tidak stabil setelah memperuntukkan sejumlah kos yang besar untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Oleh itu, artikel ini khas untuk anda.  Amir Syahir melalui penulisannya telah berkongsi cara-cara bagi pasangan yang mempunyai pendapatan sederhana dengan komitmen sedia ada namun masih boleh menguruskan duit dengan bijak.  Ikuti perkongsiannya dibawah dan semoga 7 cara ini membawa anda kepada perancangan kewangan yang mantap!



Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan.

Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?


1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja




Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.
Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak
Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak. Ramai pasangan tidak tahu beza antara keperluan dengan kehendak.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan





Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Jadi, tak perlu guna kalau boros.

Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM haram. Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "