Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Orang Tak Setuju Jangan Block Brother," Ahli Terapi Ini Balas Kenyataan Seorang Individu Terkenal Di Media Sosial

Ditulis oleh seventeen century, 22 Feb 2018

22 Feb - Baru-baru ini, hangat di media sosial apabila seorang individu cuba memberikan pendapat tentang kanak-kanak yang tantrum dan autisme menerusi akaun Facebooknya. Pelbagai komen yang dilontarkan terhadap pendapat tersebut dan rata-rata tidak setuju serta mengecam pendapat yang dikeluarkan oleh individu terbabit.

Kali ini, giliran seorang ahli terapi pula melontarkan pendapatnya tentang kenyataan individu terbabit.

Menurut Aiman Amri, jika tantrum dan meltdown itu boleh dihalang hanya dengan jelingan tajam, berdehem atau batuk kuat, sudah tentu kerja-kerja ahli terapi menjadi mudah.

Jom ikuti pendapat Aiman Amri yang juga ahli terapi kanak-kanak. Semoga bermanfaat.

Kalaulah tantrum dan meltdown itu boleh dihalang hanya dengan jelingan tajam, berdehem atau batuk kuat terhadap kanak-kanak itu, alangkah mudahnya kerja kami sebagai terapis...

Saya risau betul dengan pemikiran masyarakat yang akan melapikkan sebuah kesilapan dengan kebaikan yang lalu.

"Takpe lah dia cakap macam tu. Sekurang-kurangnya dia ada buka rumah kebajikan."

"Takpe lah dia tipu title Dr. Sekurang-kurangnya dia banyak tolong orang Melayu."

"Takpe lah dia pakai hadis palsu. Sekurang-kurangnya dia banyak bagi pengajaran."

Kita tak pernah sesekali menidakkan kebaikan seseorang itu. Kebaikan itu tetap kebaikan. Itu dihargai dan dipuji.




Tetapi dalam isu ini, jangan jadikan kebaikan itu sebagai tanda 'halal' terhadap kesalahannya.

Saya betul-betul mengharapkan brother mampu menundukkan ego, merendahkan hati untuk mendengar rintihan dan keluhan para ibu bapa yang terasa dengan komen brother.

Sekadar edit status tidak cukup. Dan jangan pula block komen yang tak bersetuju dengan brother.

Tidak berdosa pun untuk mendengar, apatah lagi untuk memohon maaf. Kita ada dua telinga tetapi satu mulut, mesti ada sebabnya.

(atau dalam kes media sosial ini, 2 mata 1 mulut)

Sebagai individu yang mempunyai pengaruh besar dalam media sosial, saya mendoakan supaya pengaruh brother tersebut digunakan sebaiknya. Brother merupakan ikon awam. Ramai pengikut.

Jujurnya, saya faham mesej yang cuba disampaikan oleh brother, dan mesej itu baik. Saya amat faham apabila brother sebut mengenai "peluang untuk mendidik", "jangan menyerah kalah" dan sebagainya.

Tetapi tiada masalah untuk turut mendengar pandangan lain. Tambahan, brother boleh ambil peluang ini untuk berjumpa dengan pelbagai lagi jenis kanak-kanak Autism. Persepsi terhadap Autism perlu lebih luas, jangan hanya terhad yang di depan mata saja.



Saya sangat suka dengan manusia yang suka menyumbang kepada masyarakat. Membuka rumah kebajikan, menjaga anak-anak yatim, itu semuanya lubuk pahala ke akhirat. Semoga Allah memberkati brother, ya?

Brother mempunyai potensi.

Brother ada ramai pengikut di media sosial,
Brother dikenali ramai dengan kerja-kerja kebajikan,
Brother mempunyai kecintaan kasih sayang terhadap kanak-kanak.

Saya doakan brother dapat sertai pasukan kami satu hari nanti, kerana jujurnya, saya percaya brother boleh menjadi nilai yang mahal untuk kami, dalam usaha menyebarkan kesedaran mengenai Autism kepada masyarakat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "