Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kajian : Internet Anda Lembap Macam Siput? Rangkaian 4G Di Malaysia Dikenal Pasti Antara Paling Lembap Di Dunia

Ditulis oleh Sha Rossa, 23 Feb 2018
3 ulasan


Pernah tak rasa stress bila rangkaian internet anda lembap macam siput? Percaya atau tidak, satu kajian yang dijalankan di UK telah mendedahkan bahawa negara kita dikenalpasti antara negara dengan liputan 4G paling perlahan daripada 88 buah negara yang menyertai kajian.

Laporan global yang membandingkan prestasi 4G di 88 buah negara itu telah dikeluarkan oleh pakar pemetaan liputan tanpa wayar, OpenSignal yang berpangkalan di UK pada 20 Februari lalu.

Apa yang mengejutkan lagi, menurut laporan yang dikeluarkan itu, negara-negara dengan kelajuan 4G terpantas di dunia pun masih belum dapat mencecah kelajuan 50 Mbps.

Ini kerana menurut sumber, banyak negara lebih memberi tumpuan dalam memperluas akses 4G kepada lebih ramai orang dan lebih banyak tempat, bukan mengembangkan kelajuan 4G itu sendiri.

Laporan OpenSignal juga menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke-69 untuk kelajuan 4G dan ke-42 untuk ketersediaan 4G.

Sementara Singapura pula menduduki tangga teratas dengan kelajuan purata 44.32 megabit sesaat (Mbps), Malaysia dengan kelajuan 14.83 Mbps meletakkannya sebagai antara 20 negara paling bawah dalam senarai.

Lebih buruk, walaupun perkhidmatan 4G telah tersedia selama lima tahun di Malaysia dengan kelajuan internet dijanjikan sehingga 100 Mbps, negara kita masih tertinggal di belakang negara jiran iaitu Vietnam (21.49 Mbps), Brunei (17.48 Mbps), dan Myanmar (15.56 Mbps).


Walau bagaimanapun, itu dikira baik kerana Malaysia telah menunjukkan sedikit peningkatan daripada prestasi pada tahun 2016, iaitu 14.35 Mbps.

Malaysia juga menduduki tangga ke-42 dengan 74.88% ketersediaan 4G, lebih baik daripada Brunei (73.66%), Indonesia (72.39%), dan Vietnam (71.26%).

Menariknya, laporan OpenSignal juga menunjukkan Maxis mengungguli senarai untuk kelajuan 4G manakala Yes memenangi dari segi ketersediaan 4G.


Maxis juga memberi purata kelajuan muat turun 23.6 Mbps, iaitu 3 Mbps lebih pantas berbanding Yes.


Dari segi kelajuan 4G pula, Celcom berada di tempat ketiga dengan purata 16.2 Mbps. Digi mempunyai purata 11.8 Mbps, manakala U Mobile dan Webe mempunyai purata kelajuan di atas dan di bawah 7 Mbps.


Sumber : says.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "