Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kadang-Kadang Rezeki Susah Masuk Sebab Magnet Diri Kita Lemah", 3 Panduan Ini Mudahkan Rezeki Dengan Bersangka Baik PadaNya

Ditulis oleh farra vy, 9 Feb 2018
Allah swt menyukai orang yang berbuat baik, bersangka baik dan menyebar kebaikannya kepada setiap umat islam diatas muka bumi ini.  Rezeki Allah itu luas.  Orang yang sentiasa bersyukur janji keatas rezekinya itu sudah pasti.  Namun bagi orang yang sentiasa kufur dan bersangka buruk terhadap nikmat yang diberikan, pintu rezekinya pasti agak sempit.

Disebalik ketidak tentuan kita terhadap rezeki Allah yang misteri, Allah sebenarnya telah menyediakan kejutan saat kita melaksanakan perintahnya.  Kejutan itu bererti hikmah.  Jangan pernah berkecil hati atau kecewa mahupun berputus asa jika hidup ini tidak sentiasa berpihak kepada anda.

Susah itu juga rezeki.   Kesusahan yang diberikan itu ada hikmahnya samada untuk menyuruh kita lebih dekat dengan-Nya atau sebagai pengajaran hidup supaya kita lebih kuat menjalani hari-hari mendatang.  Seringkali Allah menunjukkan cinta-Nya melalui jalan-jalan yang kita tidak suka.



Tetap husnudzan pada Allah apapun yang terjadi. " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya" (Al Baqarah : 216).

Setiap kata-kata yang diungkap itu doa.  Perkongsian daripada Ustaz ini akan membantu kita untuk lebih dekat dan sentiasa bersangka baik kepada setiap perkara yang berlaku diatas muka bumi ini.  Ingatlah bahawa kita hanya meminjam, segalanya milik Allah swt.  Perkongsian ini menceritakan betapa pentingnya bagi kita bersangka baik untuk rezeki yang mendatang.  Semoga ianya bermanfaat.

KADANG-KADANG YANG REZEKI TAK DATANG SEBAB MAGNET DIRI KITA LEMAH

Cuba adik2 buat ni, tadi kakak ada tulis 3 TIPs nie. CIPTA SANGKA BAIK untuk REZEKI yang sedang DATANG BERTANDANG! Mudahnya jemput rezeki, in shaa Allah. Guna pakai konsep Allah beri mengikut apa yang kita sangkakan.


3 TIP MUDAH BERSANGKA BAIK JEMPUT REZEKI BERLIMPAH:

1. Bila pergi bank, dah cucuk ATM card, HARAM DUK KATA DALAM HATI, duit sikit, duit tinggai sikit, duit habis! Tak leh tau! Sebab apa kita kata, itu yang kita dapat.

Habis, nak kata apa?
Yaa Allah duit saya banyak ni, saya mohon Allah bantu TAMBAH DUIT saya, tulislah berapa nak?

2. Bila buka PURSE (yang ni bahaya sebab kita selalu duk buat) jaga-jaga hati dan mulut kita sebab kita selalu kata, alaaa duit dah tinggal sikit, habis dah duit aku dan macam-macam lagi yang negatif pasal duit kita.

Habis, nak kata apa?
Kata-kata itu doa, so kata ala-ala gini (contoh yer) saya nak belanja barang dapur Yaa Allah, saya ada 200 ringgit ni, sayangnya saya duit ni. Allah bantulah saya, duit 200 ringgit ni tak luak dan tambah dalam akaun saya 20k. Terima kasih Allah

3. Beri biar singget pun tiap hari. Kata guru saya mesti buat ni 100 hari, carilah orang misikin atau masjid, masuk singgit sehari, in shaa Allah rezeki MASUK banyak.

Habis, nak kata apa?
Masa beri sedekah ni, doa laaa, Ya Allah walau seringgit, saya ikhlas dan ni lah saya mampu, Allah bantulah saya limpah kanlah rezeki untuk saya sekiranya ada rahmat di sebalik seringgit ni, saya nak sangat BIsnes saya beri saya gaji 10k sebulan. Terima kasih Allah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja F4ns Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "