Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Jangan Sekadar Mengejar Kekayaan, Tapi Anak-Anak Kurang Kasih Sayang,' Ibu Bapa Sibuk Bekerja Wajib Lakukan Perkara Ini

Ditulis oleh firdausishak, 13 Feb 2018

Adakah anda tahu bahawa purata ibu bapa hanya meluangkan masa 3 minit setiap minggu untuk berbual dengan anak-anak mereka? Dan adakah anda tahu purata kanak-kanak menonton televisyen atau ada yang bermain diluar selama 1,680 minit (28 jam) dalam minggu yang sama? Sudah pasti tiada masa yang berkualiti bersama keluarga.

Kebanyakkan alasan adalah kehidupan yang terlalu sibuk di mana menuntut masa yang terpaksa dikorbankan atas alasan kerja.

Jadi, tidak hairanlah ramai kanak-kanak kini sudah terlebih 'advance', kebanyakkannya kerana terabai dan tidak mendapat kasih sayang yang baik, ada yang kecil-kecil sudah terlibat dengan masalah dan jenayah sosial, kena ingat, budak sekarang ada umur belasan tahun dah ada kes bunuh dan baru darjah enam dah ada kes dadah.

Wang bukan segalanya, wahai ibu bapa, luangkanlah sebentar masa anda, kalau tidak boleh bercuti, luangkanlah sehari berkelah bersama anak-anak, ibu bapa dan adik beradik anda.

Jadi, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil inisiatif melancarkan kempen #Jompicnic 2018, mereka yang merupakan titik mula segala pernigaan di Malaysia ini mengajak ibu bapa supaya meluangkan masa pergi berkelah bersama anak-anak.

Program ini julung kali dianjurkan oleh SSM sebagai inisiatif untuk menggerakkan Kempen Keluarga Bahagia sepanjang tahun ini. SSM komited untuk menjadikan tahun 2018 sebagai tahun untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan membina institusi kekeluargaan yang bahagia, baik di rumah dan di pejabat.

Pihak SSM telah mengadakan program #Jompicnic SSM di mana hampir 1000 kakitangannya bersama keluarga masing-masing telah berkelah di Taman Tasik Titiwangsa dan ianya berlangsung di seluruh negara melibatkan 14 cawangannya.

Kempen Keluarga Bahagia dan buku 10 nilai-nilai kekeluargaan ini dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merangkap Pengerusi SSM, YBhg. Dato’ Sri Jamil bin Hj. Salleh.


Program yang digarapkan di dalam SSM ini adalah untuk dijadikan contoh kepada semua tukarkan kepada semua badan-badan agensi kerajaan yang lain supaya mereka bukan sahaja tidak tertekan ketika bekerja, tetapi turut gembira meluangkan masa bersama ahli keluarga.







Ternyata apa yang dilakukan oleh pihak SSM ini perlu diambil contoh kepada semua, kalau tidak mahu anjurkan majlis seperti ini, berikanlah sedikit kelonggaran kepada pekerja untuk bercuti meluangkan masa dengan keluarga mereka, bukan sahaja anak-anak, tapi keluarga rapat terdekat seperti ibu bapa sendiri dan juga adik beradik.

Bagi Ibu bapa yang dah dapat cuti, keluarlah berkelah di mana-mana tempat-tempat menarik, Malaysia amat kaya dengan khazanah menarik, ada ratusan air terjun, ada lokasi-lokasi terkenal, ada pantai-pantai yang cantik, ada tanah tinggi yang saujana mata memandang dan pelbagai lagi.

Jangan jadikan tidak cukup masa bukan lagi  alasan yang menghalang anda untuk bersama-sama keluarga, kerana setiap orang diberikan 24 jam sehari untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Hujung minggu adalah waktu paling berharga untuk melakukan aktiviti sihat bersama-sama keluarga tidak kiralah di dalam mahupun di luar rumah.

Jika boleh, elakkan membuat tugasan kerja di pejabat atau rumah pada hujung minggu kerana peluang berharga bersama keluarga yang datang tidak mampu dikembalikan pada kemudian hari.

Buat jadual bagi menguruskan tugasan penting bagi mengelakkan ia mengganggu perjalanan aktiviti keluarga anda.

Pesanan kami, Pesanan kami, kerjaya dan keluarga perlulah seimbang. Doa ibu bapa, anak soleh kepada kita akan berterusan sampai bila-bila walaupun telah meninggal dunia.

Kempen 'Happy Family' SSM ini dianjurkan sepanjang tahun. jadi boleh lawati laman Facebook rasmi SSM untuklihat aktiviti mereka untuk kempen Happy Family sepanjang tahun.

Facebook: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "