Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Jangan Buat 'Bisnes Online' Guna Akaun Simpanan," Wanita Ini Terkejut Terima Surat Penutupan Akaun Dari Pihak Bank

Ditulis oleh seventeen century, 27 Feb 2018

27 Feb - Pada zaman ekonomi di Malaysia yang tidak menentu ini, ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai di antara kita menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga.

Sudah menjadi trend ketika ini untuk membuat perniagaan secara atas talian. Lebih mudah, jimat masa dan tenaga. Selalunya, anda buat perniagaan online menggunakan akaun bank simpanan atau semasa?

Tahukah anda, jika anda menggunakan akaun bank simpanan untuk menjalankan perniagaan atas talian, akaun bank anda berisiko untuk ditamatkan serta-merta.

Seperti yang berlaku kepada seorang peniaga ini yang berkongsi menerusi akaun Facebook beliau, Reen Iman. Beliau dikatakan menerima satu surat dari pihak bank yang menyatakan akaun simpanannya akan ditamatkan atas sebab-sebab yang telah ditetapkan.

Reen telah menelefon pihak bank berkenaan dan pihak bank mengesahkan bahawa akaun bank simpanan wanita tersebut dipercayai digunakan untuk tujuan pernigaan kerana transaksi keluar masuk setiap hari yang banyak.


Banyak bank yang telah menguatkuasakan undang-undang ini. Baru-baru ini, penulis membuka satu akaun bank simpanan juga telah diingatkan oleh pegawai bank berkenaan agar tidak menjalankan pernigaan menggunakan akaun bank simpanan tersebut. Jika tidak pihak bank berhak menamatkan akaun tersebut serta-merta.

Mungkin ada baiknya tidak menggunakan akaun simpanan untuk perniagaan, kerana ketika ini terlalu ramai yang mengambil kesempatan menjalankan aktiviti penipuan jualan online menggunakan akaun simpanan.

Jom ikuti perkongsian Reen Iman tentang sekatan yang berlaku terhadap akaun bank simpanan beliau. Semoga bermanfaat untuk peniaga-peniaga lain.

POS INI PENTING UNTUK SESIAPA GUNA AKAUN BANK PERSONAL BUAT NIAGA KECIL KECILAN .

Pada 25.2.17 saya menerima satu surat dari BANK . Isi surat (rujuk gambar ) menyatakan bahawa akaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 mac 2018 .

Saya agak blur , saya terus call beratus kali pihak bank dan tidak dapat .

Harini 26.2.18 , setelah beratus kali call akhirnya dapat . Alhamdulillah Saya bertanyakan status akaun saya kenapa ditutup .

Pihak bank mengatakan bahawa pihak mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat. Dibawah saya senaraikan sebab sebab akaun bank yang mereka akan tutup




*bisness kecil kecilan seperti direct selling , agent dll .
*terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab account saving ada had . Habis tu kau banyak duit simpanan takkan nak simpan bawah katil ??? .

Saya bertanyakan kenapa akaun saya ???
Saya guna untuk bisness ialah current account .

Mereka kata ,

"Pihak atasan detect akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ia merupakan bisness . "

Saya cakap "baiklah . Jadi macamana pihak bank detect ? "

Mereka jawab lagi

"Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun bank in cash deposit . Pihak kami akan buat penutupan akaun secara berperingkat walau berniaga sebagai dropship kecil kecilan sebab untuk berniaga kena buka akaun semasa . "

Allahu ! Kesiannya para surirumah yg baru nak berniaga . Takkan nak buka akaun semasa , mesti kena ada ssm , modal pun 1k kena pula bawa introducer lagi . Kena declare cukai lagi . Hatta niaga untuk rm5 jee satu barang .




Saya tanya lagi

"Dan bila saya boleh buka akaun baru ? "

Mereka jawab

"Tak boleh bukak dah dgn bank itu . Dan penutupan akaun ni bukan bank ini sahaja tapi semua bank buat hal yang sama . "

Ps : so harap korang jangan guna akaun personal lagi . Saya guna akaun personal bukan untuk berniaga , saya ada current acc company . Tapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan satu bisness . Dan duit akan masuk ke account saya dahulu baru dimasukkan ke akaun company .

Share semoga ramai lagi tak jadi mangsa macam saya . Tiada budi bicara lagi . Mereka mendapat arahan dari pihak atasan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. leceh sebenarnya acc company ni. kena bawak cop. kena ada tandatangan. kalau tak salah kena certain amount utk kekalkan acc tu aktif. lepas dalam setahun sekali kot nanti dia caj RM 10 utk servis acc apa ntah. aku ni dah la ada masalah tandatangan ( tandatangan x tetap. berubah2) kadang sampai bergaduh degngan bank pasal tandatangan x sama. kalau korang ada partner nak bukak acc . bank akan siasat korang punya CCRIS dan CTOS semua. kalau ada tunggak CourtMamoth atau P1 Wimax nantni akaun x boleh bukak. kena ada "pusing2 sikit"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "