Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jabatan Imigresen Pulau Pinang 'Sapu' 32 Orang Tukang Sapu Sebuah Hospital Ternama

Ditulis oleh seventeen century, 3 Feb 2018

2 Feb - Baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menjalankan satu operasi besar-besaran di sebuah hospital di Georgetown bagi memberkas pekerja-pekerja asing yang tiada permit sah untuk bekerja di Malaysia.

Di manakah silapnya apabila kontraktor utama yang sepatutnya diberi kepercayaan untuk menguruskan kerja-kerja pembersihan dan pencucian telah diberikan kepada sub kontraktor yang lain.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab itu terbongkar selepas Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang membuat serbuan di sebuah hospital di Georgetown, Pulau Pinang.


Lebih mengejutkan adalah sebuah hospital ternama dan jumlah yang berjaya diberkas atau ditangkap di lokasi kejadian adalah seramai 32 orang yang didakwa bekerja sebagai tukang cuci di hospital berkenaan.

Memetik laporan daripada Facebook rasmi Jabatan itu, kesemua warga asing yang diberkas gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah semasa serbuan dilakukan.

Selain daripada hospital, beberapa lagi lokasi telah diserbu antaranya 8 buah rumah pangsapuri Mutiara yang terletak di Batu Feringhi, sebuah pejabat yang terletak di Jalan Belissa dan sebuah Restoran Nasi Kandar yang terletak di Teluk Bahang.

Berikut adalah laporan penuh dari laman Facebook rasmi, Jabatan Imigresen Negeri Pulau Pinang.


IMIGRESEN 'SAPU' HOSPITAL

GEORGE TOWN , 22 Januari 2018 - Di mana silapnya? Persoalan yang menjadi pertanyaan apabila kontraktor utama yang dianugerahkan kontrak untuk kerja-kerja pembersihan dan pencucian telah memberikan pula kepada lain-lain sub kontraktor.

Tindakan kontraktor utama itu terbongkar apabila Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang membuat serbuan di sebuah hospital yang terletak di George Town , Pulau Pinang.

Lebih mengejutkan ianya sebuah Hospital ternama dan jumlah yang berjaya 'disapu' atau ditangkap di lokasi kejadian adalah seramai 32 orang yang disyaki bekerja sebagai Tukang Cuci di hospital berkenaan.

Siasatan awal mendapati jumlah warga asing yang ditangkap itu telah gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau Pas yang sah semasa serbuan dilakukan.




Selain daripada lokasi berkenaan beberapa lagi lokasi telah diserbu antaranya 8 buah rumah Pangsapuri Mutiara yang terletak di Batu Feringhi , sebuah Pejabat yang terletak di Jalan Belissa dan sebuah Restoran Nasi Kandar yang terletak di Jalan Teluk Bahang.

Seramai 54 orang warga asing telah diperiksa di semua lokasi dan hasilnya seramai 42 orang PATI telah bejaya ditangkap. Mereka yang ditangkap terdiri daripada 28 orang warga Bangadesh , 3 orang lelaki, 7 orang perempuan, 1 orang kanak-kanak lelaki dan 1 orang kanak-kanak perempuan warga Indonesia , 1 orang lelaki warga India dan 1 orang lelaki warga Mesir kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Peraturan-peraturan Imigresen. Kesemua PATI yang ditangkap telah dibawa untuk ditahan di Depot Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.

Tanggungjawab menjaga Kedaulatan dan Keselamatan negara bukan hanya terletak pada satu pihak semata-mata , seiringan dengan itu tindakan membanteras PATI juga harus melibatkan semua pihak dan segenap lapisan masyarakat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja Upd4te Bett1ng

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli