Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gusi Boleh Jadi Kedalam Dan Gigi Akan Bergoyang Jika Kerap Guna 'Balak' Bersihkan Makanan Di Celah Gigi

Ditulis oleh seventeen century, 26 Feb 2018

26 Feb - Memang dah menjadi kebiasaan rakyat di negara ini menggunakan pencungkil gigi kayu untuk membuang sisa-sisa makanan yang terselit selepas makan.

Tahukah anda, tindakan kita mengcungkil sisa makanan di celah gigi menggunakan pencungkil kayu boleh menyebabkan gusi kita semakin ke dalam atau istilah inggerisnya 'gum recession'.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh seorang doktor gigi bertauliah, Dr Izaza Md Zan yang berkongsi menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut Dr Izaza, jika tengok keadaan gigi, gigi nampak panjang dan ada ruang yang agak besar di antara gigi. Bukan gigi berlubang, tetapi celah gigi nampak jelas sebab gusi dah tiada.

Berikut adalah perkongsian penuh dari Dr Izaza tentang akibat menggunakan pencungkil gigi kayu untuk mencungkil makanan yang tersekat di celah gigi. Semoga bermanfaat.

Dari dulu sampai sekarang saya memang guna "balak" bersihkan makanan celah gigi. Bila sebut celah gigi, baru dapat tangkap balak tu pencungkil gigi kayu
.
Memang ramai yang masih tak tau pencukil gigi jenis kayu atau yang plastic keras punca gusi makin ke bawah (gum recession)
.
Kalau tengok keadaan gigi, gigi nampak panjang dan ada ruang yang agak besar di antara gigi. Bukan gigi berlubang, tapi celah gigi nampak jelas sebab gusi dah tak ada atau dipanggil gum recession
.
Bila ada gum recession, ketinggian tulang pun makin kurang (bone resorption), bila dah tak ada tulang, gigi start goyang sebab dah tak ada yang pegang gigi
.
So, memang sangat tak digalakkan pakai pencukil gigi jenis kayu atau plastic yang keras untuk bersihkan celah gigi
.
Boleh gunakan FLOSS untuk celah gigi yang sempit. Atau gunakan INTERDENTAL BRUSH untuk celah gigi yang jarang dan area gigi yang ada gum recession.




Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "