Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guru Dilarang Bawa Telefon Ke Kelas, Peringatan Dari Timbalan Menteri Pendidikan Untuk Semua Guru

Ditulis oleh Sha Rossa, 8 Feb 2018
2 ulasan

Guru tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, perkara itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua guru.

Mengulas mengenai insiden kehila­ngan telefon bimbit seorang guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 22 Januari lalu berlaku di dalam bilik darjah, menurut beliau pihak kementerian masih belum menerima laporan penuh daripada polis.

“Saya belum meneri­ma laporan bagaimana dan di mana telefon itu didakwa hilang, laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada sumber.

Menyingkap kejadian 22 Januari lalu, seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Nibong Tebal dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.

Menurut sumber, Kamalanathan berkata, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenya­taan berhubung insiden tersebut, namun yang terbaik adalah menunggu hasil siasatan penuh daripada polis.

Jelas beliau, sekiranya po­lis telah mengeluarkan laporan, kementerian pastinya akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak.


Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "