Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) ''Depa Nie La Yang Akan Tolong Kita Nanti", Setiap Hari Mak Cik Ini Bagi Makan Kucing Jalanan Tanpa Jemu Sentuh Hati Netizen


Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai, namun ada juga yang tidak suka dengan makhluk Allah yang comel ini. Tidak suka tak apa, tapi ada yang sanggup menyiksa kucing dengan kejam, perbuatan yang sangat tidak berperikemanusiaan. Tahukah anda, besar ganjaran pahalanya jika kita berbuat baik kepada binatang.

Tular di media sosial, perkongsian daripada Mun Syair‎ melalui Group Penduduk Alor Setar / Jitra (PASJ) yang menarik perhatian ramai netizen. Beliau berkongsi gambar yang menunjukkan seorang wanita sedang memberi makan kepada kucing jalanan di sebuah kawasan pasar.

Menurut beliau yang tinggal di kawasan tersebut selama 4 tahun, hampir setiap hari mak cik ini akan memberi makan kepada kucing-kucing di situ tanpa jemu. Terbaik lah.

Penulis tahu ada ramai lagi insan yang berhati mulia seperti mak cik ini di luar sana. Moga tuhan merahmati usaha murni anda semua. Jangan takut untuk berkongsi rezeki dengan makhluk Allah, pasti ada ganjaran pahala yang menanti.

Market Taman Nuri, Alor Setar.

Hampir 4 tahun aku duduk sini hari ni sekali lagi terjerumoih dengan mak cik ni tiap2 pagi.. tiap2 pagi kot.. beli ikan kat market sekilo lebih jamu depa ni makan.. bederuuu...


Soalan yg aku tnyaa..rajinnya mak cik jamu depa..jawapannya.. emmm depa nie laa nak tolong kita esok2 ni.. AKU TERKESIMA ..Ya Allah rahmatilahh mak cik ni..


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen game online yang lain?
    Daftar disini saja F4ns Bett1ng

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli