Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Enam Tahun Penjara Jika Khatan Kanak-Kanak Di Iceland


2 Feb - Baru-baru ini di Iceland, Ahli Parlimen mereka mencadangkan agar larangan untuk kanak-kanak lelaki berkhatan dikeluarkan oleh kerajaan negara itu, lapor Independent UK.

Cadangan itu juga disusuli dengan hukuman penjara kepada sesiapa yang cuba menjalankan amalan ini di negara kecil itu.

Sekurang-kurangnya lima parti politik yang mengusulkan cadangan kepada sesiapa yang membuang organ seksual itu secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun.

Cadangan yang diusulkan ini jelas sekali menentang undang-undang yang telah ditetapkan dalam agama Islam yang mewajibkan amalan berkhatan untuk semua penganutnya.


Tindakan itu juga dikatakan adalah satu campur tangan ke atas anggota badan kanak-kanak tersebut. Namun usul itu juga menetapkan kanak-kanak boleh membuat keputusan sendiri sama ada ingin berkhatan atau tidak selepas berusia 15 tahun.

Terdahulu, kerajaan Iceland telah mengharamkan amalan berkhatan untuk golongan wanita sejak 2005 dan tidak mengnakan apa-apa tindakan kepada lelaki yang berkhatan di negara itu sebelum ini.

Perkara ini berlaku kerana, jumlah masayarakat Islam dan Yahudi di negara itu sangat rendah. Isu berkhatan sebelum ini pernah menjadi perdebatan hangat di negara-negara di utara Eropah seperti Denmark, Sweden, Finland, Norway dan Iceland.


Pada 2016, Persatuan Perubatan Denmark mengharamkan amalan berkhatan kepada kanak-kanak dengan mengatakan langkah itu adalah pilihan peribadi dan hanya boleh dilakukan apabila usia seseorang itu memasuki alam dewasa.

Manakala pada Mei 2017, Norway’s Progress Party (FrP), parti ketiga terbesar di Norway dan terkenal dengan dasar anti-imigresen, menyokong rang undang-undang mengharamkan amalan berkhatan bagi kanak-kanak lelaki berusia bawah 16 tahun. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli