Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elakkan Terdedah Dengan Persekitaran Dan Barang Berhabuk, Wanita Kongsi Tip Membuat 'Multipurpose Dust Spray' Untuk Menghilangkan Habuk Dengan Mudah

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 2 Feb 2018
No Comment

Seperti yang kita sedia maklum, terdedah dengan persekitaran yang berhabuk mendatangkan kesan yang buruk terutamanya kepada kanak-kanak kerana antibodi mereka yang agak lemah berbanding orang dewasa.

Kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan seperti menjadi punca serangan asma yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Selain itu, persekitaran rumah yang berhabuk juga mengganggu keselesaan penduduk yang mendiaminya.

Jelas sekali, habuk perlu dibersihkan bagi menghindari penyakit dan membuatkan kita selesa berada di rumah yang bersih.

Seorang pengguna facebook, Puan Yatie Eimra, berkongsi tip dan trik mudah untuk membuat penyembur habuk pelbagai guna bagi memudahkan urusan kita membersihkan habuk selain menghilangkan kotoran-kotoran degil yang ada.

Mari kita ikuti perkongsian bermanfaat ini.



Multipurpose Dust Spray

Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softner. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.

Pernah baca komen netizen — cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah & urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.


Bahan-Bahan:

¼ cawan cuka
1¼ cawan air
3 sudu kecil minyak zaitun
1 sudu makan pencuci pinggan* (optional)
Sedikit essential oil* (optional)

Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

Nota:

*guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa
*saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza 😄
*saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair
*cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman
*minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.
*pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut
*essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka


Pastikan:

*Sebaik²nya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka)
*Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.
*Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.
*Paling penting — GONCANG setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur


Kegunaan:

• Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas
===================================
Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa


• Mengilatkan perabot kayu
======================
Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.


• Menaikkan warna & melindungi sofa PVC
===================================
Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam

• Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat
===================================
Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril.. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dgn sebelum ni.. 😄


• Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut
===================================
Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit² tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama² mesti trek tersangkut². Saya spraykan aje untuk lancarkan balik


• Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.
===================================
Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama² dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah². Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.


Pastikan BERSIHKAN dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah² jubin. Sebaik²nya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja² bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..)  Spray sekurang²nya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.

Semoga bermanfaat ~
(Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja² rumah & urusan harian anda juga)

Sumber- Yatie Eimra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli