Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Pencemaran Longkang Dan Saliran Air, UPM Tawar Beli Minyak Masak Terpakai Dengan Tawaran 1Kg RM1


Masih ramai yang tidak tahu kemana nak dibuang minyak masak yang sudah digunakan beberapa kali itu sehingga menyebabkan saliran longkang anda tersumbat.

Pada Disember 2013 lalu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan telah berkata, minyak masak yang telah digunakan ada kelebihan sendiri dan tidak wajar untuk dibazirkan.

“Jika lebihan minyak masak terpakai dibuang ke longkang atau saliran air, ia bakal memberi impak negatif dan boleh menyebabkan gangguan ke atas sistem loji air, di tapak pelupusan, loji kumbahan dan yang paling penting ia boleh menyebabkan pencemaran ke atas sumber air."

Oleh itu, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama CIMB Foundation telah menubuhkan satu pusat pengumpulan minyak terpakai untuk 'metranesterifikasikan' minyak terpakai ini menjadi biodesel menerusi proses khusus yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti traktor, bas dan sebagainya.

Daripada group Membeli Minyak Masak Terpakai Dari Rumah Ke Rumah di Facebook, mereka menawarkan khidmat kutipan minyak terpakai anda terus dari rumah.  Bagi setiap satu kilogram (kg) minyak masak terpakai, orang ramai boleh memperoleh RM1 jika ianya dijual balik untuk diproses menjadi biodiesel.

Selain menyelamatkan sistem loji air, orang ramai boleh meraih pendapatan sampingan daripada kempen ini dan sekali gus menangani isu kos bahan api yang membelenggu pengguna di negara ini.

Dibawah merupakan cara-cara dan jadual pengutipan minyak masak terpakai yang dikongsi daripada group Membeli Minyak Masak Terpakai Dari Rumah Ke Rumah yang anda boleh jadikan sebagai rujukan penjualan balik minyak masak dirumah.  Jangan sangka minyak masak terpakai tidak berguna, sebaliknya komoditi ini boleh ditukar menjadi pendapatan sampingan daripada dibuang begitu sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

 

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli