Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Diet Si Pemalas Turun 6kg Seminggu'- 'Intermitten Fasting', Rutin Diet Sesuai Untuk Orang Yang Susah Kawal Makan

Ditulis oleh farra vy, 13 Feb 2018
Sekarang pelbagai jenis diet dicipta mengikut kesesuaian tubuh badan kita.  Namun pun begitu, sebelum memulakan sebarang rutin diet tersebut, diharuskan kepada anda untuk mendapatkan pandangan daripada doktor.  Ini adalah untuk memastikan rutin pemakanan baru anda tidak menjejaskan kesihatan.

Entri kali ini berkongsi tip diet yang anda boleh cuba dengan cara 16 jam puasa, 8 jam makan dan hasilnya hilang 6kg dalam masa seminggu!  Rutin diet ini dinamakan sebagai 'Intermittent Fasting (IF).  Mungkin ada diantara anda yang tidak pernah dengar tentang diet ini namun ianya sudah popular di negara Barat.



Marthin Berkhan telah mencetuskan revolusi diet ini dengan protokol 'leangains' dengan cara membakar lemak dalam masa yang sama membina otot.  Daripada petikan artikel sususejat.com, dalam kata lain, diet IF ini adalah puasa.  Tapi puasa yang dibolehkan memakan apa jenis minuman dan makanan yang tidak membawa kepada kemasukan glukosa atau respon insulin; atau dalam bahasa diet, boleh ambil apa saja sepanjang tempoh puasa asalkan makan tersebut 0 kalori, ibarat puasa sebab esok nak pergi check up darah.  Ha, begitulah.

Beberapa jenis IF adalah seperti berikut:
  • Alternate Day Fasting: 36 jam puasa/12 jam berbuka
  • Eat Stop Eat: 24 jam puasa/1-2 kali seminggu
  • The Warrior Diet: 20 jam puasa/4 jam berbuka
  • The Fast-5 Diet: 19 jam puasa/5 jam berbuka
  • Leangains: 16 jam puasa/8 jam berbuka


Strategi pemilihan makanan pula adalah mengikut standard 50:30:20 (Karbo:Protein:Lemak).  Hertonnye Linggom, melalui akaun Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman diet jenis IF sehingga mampu hilangkan 6kg dalam masa seminggu.  Anda boleh ikuti perkongsian daripada beliau bersama panduan yang boleh dijadikan rujukan sebagai permulaan diet IF ini.  Untuk memahami lebih mendalam tentang diet IF, kami juga cadangkan untuk anda mengikuti penjelasan dan real eksperimen daripada artikel sususejat.

DIET SI PEMALAS

Kalau membaca artikel ini sampai habis pun malas, lupakan sahaja niat mahu kurus itu.
(Disclaimer: Sebelum baca, mengamal dan mempraktik, ini semua adalah apa yang saya buat untuk lose weight.  Mungkin ada beberapa pihak yang tidak bersetuju tetapi terpulang kepada setiap individu.  Cubalah masa yang kamu rasa boleh buat dan selesa.  Buat apa mahu seksa diri? Posting ini bersifat bebas dan tidak juga dibayar.)



Sebelum ini ramai yang bertanya, "Tony, kau kurus oh, kau buat diet atkins ke?" Mungkin sebab atkins diet yang paling glamour dan orang ramai tahu kan . To be honest, saya tak pernah try atkins (bukan nak cakap diet itu tidak bagus) tapi saya tak pernah cuba mungkin sebab tak berminat.

Tapi diet yang saya buat ini bernama, Intermittent Fasting (IF).  Baru dengar? Ya, ia tak terkenal seperti atkins tapi bagi saya yang malas mahu jaga makan, malas mahu ada fasa-fasa, saya lebih suka buat diet ini.  Tambahan pula, selama saya kurus saya tak pernah buat bersenam sebab sibuk.  Kalau ada masa baru pergi zumba, jogging, tapi betul, saya tidak ada masa untuk semua itu, jadi saya hanya fokus kepada diet sahaja.

Selama 5 tahun gemuk kurus gemuk kurus, saya sudah cuba bermacam-macam.  Saya pernah buat eat clean, mula-mula saja berkobar-kobar namun akhirnya mengalah sebab saya penat.  Mana mahu buat senaman, mana mahu jaga makan lagi?



Lepas itu saya putuskan untuk fokus satu benda saja, fokus jaga makan, nanti nak fit, saya fokus senaman pula.  Jadi, saya mula cari tahu pasal diet IF ini, lepas membaca kemudian saya cuba.  Minggu pertama saja sudah turun 6kg! Paling banyak turun berat selama ni pun 1-2kg saja, tu pun betul-betul eat clean, makan rebus, no sugar, no oil, no salt tapi dengan IF ni saya tertarik, sangat effortless.

Sudah 3-4 kali cuba IF memang berjaya turun.  IF ni actually kalau kena tulis bukanlah diet tapi dia ialah penjadualan masa makan kamu. Dua part; puasa dengan makan. Haa apa tu? Dlm IF ni, ada bbrp jenis method dia. Tp yg paling glamer ialah method yg 16:8; iaitu puasa 16 jam dan makan 8 jam. Trus ada yg blm lg sy explain besar sdh mata dia, amaaaaa mati la sy begini mana tahan x mkn 16 jam ni setiap hari dia bilang.



Begini ondu dan inan, 16 jam (fasting period) puasa itu ialah termasuk masa tidur kamu, dan semasa puasa tu kamu boleh minum air sebanyak yang mungkin daaaaan minum black tea atau green tea sugar free gum or anything yg dibawah 5kcal. Lebih drp itu, better jgn kamu puasa batal sdh (dalam konsep IF) hahaha. Dan 8 jam (feeding period) itu ialah masa makan kamu. Haaa 8 jam makan? Gemuk la sy begini kalau 8 jam sy mkn. Uiiii simpan2 jg telingung tu ya bukan sy suru ko mkn 8 jam setiap minit. Ada tujuan knp ni IF bg period makan8 jam.

Kalau fikir secara logik kamu mkn sekali trus kenyang kan? Then dlm masa 8 jam itu mungkin kamu akan makan dua kali sahaja, ini secara langsung kawal pengambilan makanan kamu tau. Jgn pula mentaliti, ooo sy ada 8 jam masa makan ni, sy kena berabis ni, sbb nt puasa 16jam, mati sy kelaparan.. kalau ada begini punya fikiran, jgn diet. Teruskan menggemuk sbb mmg x akan menjadi ya. Dan kalau laaama - lama kamu buat IF ni kan, based on my experience, x tau la, tp perut kita mcm trained, mengecut barangkali, sikit ja portion sy mkn skrg, and 1 meal ja sehari. Bukan sengaja ah, kalau buli sy mau mkn jg byk2 hahaha..tp bila buat IF ni mmg gitu la, ko lapar, lps tu ko makan, tp sikit jaaaa ko trmkn trus kenyang.



Sebut2 pasal makan ni, haaaaa apa MAKANAN yg sy boleh ambil ni? Rumput? Besi? Tanah? Hahahaha… dlm IF (yg sy modify ni la haha) sbb sy bukan mau jadi 6 pek pun, just mau kurus hahahahahaha….. sy MAKAAAAAN semuaaaa segala - galanya, sbb makanan dan manusia bersimbiosis kan so mmg x dpt dipisahkan haha. Termasuklah nasi, kuah satay, nasi goreng, ikan masin, terung sambal, apa2 la makan sajaaaaa, KECUALIIIII “SUGAR”! yessss dua bulan sdh sy x makan sugar. Sugar? Anything yg manis2 termasuklah 3In1, kuih2, air sirap, coke, kek eh byk la pokoknya mana2 yg rasa manis itu (even buah pun sy x mkn haha, tp hr tu durian tiada maaf la) kamu CUT dulu. Yes CUT SUGAR INTAKE! Smpi bila?

Smpi kamu mencapai weight goals kamu (tp jgn risau, nt kalau kamu praktik IF ni pandai la kamu kwl sndri tu, in fact sy sndri skrg pun mkn2 sdh kek hjg2 mgu hehe)…hold…… try tahan x mkn mansi2, ini yg penting. Sbb… kamu try IF ni then cut sugar selama seminggu, putung kuku sy kalau kamu x hilang 3-4-5-6 kg! Mau2 lg yg x pernah diet mmg bsr impact dia reducing (cutting sugar ni) …. hipo la I kalau x ambil gula? Emmm actualy makanan2 lain2 tu pun ada jg sugar, even nasi putih skali pun ada sugar hehe tp x rasa manis la.



So cmana mau kasi jadual 16 jam puasa 8 jam makan tu? Actually timing ni kamu boleh adjust sendiri, tp beginner sy try rekemen
16 jam puasa start 8pm - 12pm (keesokkan harinya) so time kamu tidur tu pun consider as puasa.
8 jam makan pula start pukul 12pm - 8pm ; sini la yg kamu mkn2 tu. Last meal 8pm kalau msh lapar la. Tp kalau sdh mkn 5pm then x lapar jgn la mkn lg sbb tgk timing ja k.

Okay apa yg sy buat, sy mmg ikut 16;8 method ni, masa mkn sy akan makan apa2 la nasi ayam kari ka, satay ayam ka, mee mamak ka (sbb eating clean method x dpt mkn ni semua sbb bergoreng2 berminyak dan berlemak, I kenot) asl jgn makan yg manis k, minum, air kosong. Tp skrg, sy sdh terlalu biasa dgn IF ni; sy makan sekali sahaja sehari iaitu around 6-8pm hahaa…tp jgn ikut, tgk kemampuan masing2. try 16;8 tu dulu k.



Apa yg sy rasa best ttg IF ni? Jujur ckp ini la method paling santai, effortless, foods freedom (kecuali gula), and sy tidak exercise (mohon abg2 gym x hempas I dgn dumbell sbb sy x menggalakkan org x p exercise tp mau bg tips utk yg mmg mls mau exercise dan tiada masa haha) the only exercise yg sy buat ialah blending my eyeshadow haha.

Jd kesimpulannya, terpulang kepada individu memasing, bg sy kalau sy mau lose weight, then sy kena focus dua benda which is diet and exercise….; sdh la penat menahan lapar, penat lg berjugging…. I just cannot, sbb method yg begini sy btl2 cpt give up, TIRED. Kpd mereka yg selama ini sdh bosan try mcm2 cara, pnt pnt and pnt, try this ya… sy bukan la ada body jessica alba pun, tp at least drp saiz seluar 36 now sy sdh 29 in 2 months plus2.


Extra tips; amalkan detox setiap malam. Sy minum Clenx Tea beli d Watson atau Guardian (iklan x berbyr, mohon Clenx Tea sponsor sy Tea seumur hidup) haha. Tea dia rasa payau skit, lama2 biasa la tu hehe. Minum setiap kali sblm tdr ya. Lps 8 jam sedia2 mau p toilet jak. 😊

Masa puasa tu minum byk2 air ya. ALL THE BEST, and may this helps those who r struggling to lose weight.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "