Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Macam Ni Sejak Dapat Adik Baru, Terus Jadi Nakal", 4 Teknik Bantu Ibu Bapa Atasi Masalah Anak Cemburu Kehadiran Adik Baru

Ditulis oleh farra vy, 23 Feb 2018

Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak, sifat cemburu itu normal seperti sebahagian daripada fitrah manusia.  Kanak-kanak khususnya akan menunjukkan sifat ini seawal usia 2 tahun dengan peningkatan emosi yang suka mendominasi.

Sering kali mendengar "ini adik punyalah!", di usia ini mereka sudah merasa hak untuk memiliki samada barangan atau orang itu milik orang lain atau diri sendiri.  Namun jangan cemas, perilaku ini normal dan akan berubah dengan sendirinya ketika menginjak keumur 4 tahun.

Namun situasi ini terlihat jelas apabila mereka bakal memperoleh adik baru.  Kehadiran orang baru dalam keluarganya dirasakan seperti gangguan.  Jarak umur antara anak dua hingga empat tahun akan mencetuskan perasaan cemburu yang ketara kepada anak yang lebih tua.  Manakala jarak umur 18 bulan atau lima tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih rendah.

Setelah menyedari berlakunya peralihan yang lebih tertumpu kepada adik baru, mereka seperti sengaja bertindak diluar kebiasaaan dengan perangai yang kadang-kadang memeningkan kepala ibu bapa.



Apa yang mereka mahukan adalah perhatian.  Perkongsian daripada Puan Ezzaty Suffian melalui Facebook miliknya menerangkan bagaimana untuk ibu bapa menangani perubahan sikap anak-anak yang berlaku apabila hadirnya orang baru didalam keluarga.  Diharap perkongsian ini dapat membantu para ibu bapa.  Semoga kecemburuan itu dapat diuruskan sebaik mungkin tanpa perasaan marah yang menyebabkan keadaan itu menjadi lebih buruk.

Ada sekali tu mak zaty tanya,

"Fayyadh memang nakal macam ni ke kak?"

"Takdelah mak. Sejak-sejak dapat adik ni je tiba-tiba perangai berubah jadi nakal. Sebelum ni okay je dia. Cakap sekali, terus ikut"

Mak zaty terkejut bila tengok perangai cucu dia sejak-sejak zaty berpantang ni. Zaty lagiiii lah terkejut. Rasa macam dah tak kenal anak sendiri.

Tiba-tiba perangai fayyadh banyak sangat berubah sejak dapat adik baru. Berubah 180 darjah. Sampai terdetik dalam hati, "anak aku ke ni?"

Tapi Alhamdulillah, perangai nakal fayyadh slowly dah berkurang sekarang. zaty berjaya kenal pasti punca dia jadi macam tu dan berjaya apply beberapa cara untuk kurangkan perangai macam-macam dia.

Patutlah sebelum ni zaty dapat banyakkk sangat PM ibu-ibu berpantang yang stress dengan perangai anak sulung bila dapat adik baru.

Okay, zaty dah faham sekarang.



Ibu ayah yang planning atau dah memang on the way nak dapat baby baru especially anak kedua memang kena betul-betul ready dari segi mental dan emosi.

Tak kisahlah anak kedua ni beza umur dengan yang sulung tu setahun, dua tahun, even 5 tahun. Kita akan tetap dapat kejutan yang tak disangka daripada anak sulung. So, get ready dari sekarang.

Secara logiknya, selama ni anak sulung rasa dialah satu-satunya kesayangan ibu ayah. Selama ni perhatian ibu ayah hanya pada dia. Makan bersuap, tidur berdodoi, sepanjang masa dapat belaian, pelukan, ciuman, gurauan.

Tiba-tiba ada satu hari tu, ibu dia bawa balik baby baru. Ibu dia peluk dan cium adik baru. Sepanjang masa ibu asyik dengan baby baru. Sepanjang masa juga ibu sibuk dengan tempoh berpantang.

Haa, waktu ni anak sulung akan mula keliru. Siapa yang ibu dukung dan dakap tu. Kenapa perhatian ibu dah mula bukan pada dia, tapi pada "pendatang baru" tu. Kenapa ibu macam ignore kewujudan dia kat dalam rumah tu.

Anak sulung sendiri tiba-tiba jadi "culture shock". Semalam ibu baru layan dia macam raja. Hari ni ibu dia dah macam tak nampak dia kat depan mata.

Apa yang anak sulung rasa? Of course emosi dia terganggu. Rasa sedih, marah, tak puas hati. Akhirnya akan berlaku protes dengan tunjukkan sikap yang berbeza atau perangai yang tiba-tiba berubah.



1) Anak akan menangis, meragam, mengamuk tanpa sebab. Contoh : Tengah elok-elok makan, tiba-tiba dia tantrum.

2) Anak akan mula ignore suara kita dan buat sesuatu yang mencabar kesabaran kita. Contoh : sebelum ni main mainan dia cermat je. Tiba-tiba sekarang dia baling semua mainan dia. Lagi kita tegur, lagi galak dia buat.

3) Anak akan mula menjauhkan diri dari kita dan pencilkan/asingkan diri dia. Contoh : kita lepak kat ruang tamu, dia lari duduk dalam bilik senyap-senyap

macam-macam lagi anak akan buat bergantung pada personaliti yang ada pada diri dia.

So, apa persediaan ibu ayah untuk hadapi situasi ni ?

1) seboleh-bolehnya, si ayah cuba untuk ambil cuti paling kurang seminggu lepas baby baru dilahirkan. Jangan biarkan ibu sorang yang handle situasi ni. Lagi-lagi badan tengah lemah sebab baru lepas bersalin.

So, ayah kena banyak duduk dan setelkan anak sulung. Dari segi keperluan dia, emosi dia. Biar perhatian ayah 100% diberikan pada anak sulung.

2) Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.

Dengan pelukan mampu tenteramkan perasaan dia, boleh terus create bonding atau attachment kita dengan dia sama macam sebelum dia dapat adik baru.

Pelukan yang erat pada anak memang satu signal kata kita tetap sayangkan dia walau dia dah dapat adik baru

3) Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.



Dia tahu hanya dengan cara macam tu, baru kita bagi perhatian pada dia. Dia tak kisah kalau kena marah sekalipun. Janji kita tengok dia.

Sebab tu lagi kita tegur atau marah, lagi galak dia buat perangai. So, kita kena cuba jadi cool. Kalau boleh ignore atau buat tak nampak dengan kenakalan dia, kita buat je tak nampak.

Kalau tak terkawal juga, guna cara yang zaty share pagi semalam. Doa je kuat-kuat kat depan dia. InshaaAllah menjadi.

4) selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.

Selalu bagitahu anak sulung yang kita sayang kedua-dua/semua anak-anak kita. Cerita kat anak sulung yang kita terpaksa layan adik baru sebab baby masih kecil dan perlukan kita untuk menyusu, tukar diapers dan sebagainya.

Sekarang ni dah nampak fayyadh hampir kembali nak jadi budak baik macam dulu semula. Walaupun bukan 100% macam dulu, at least tak jadi terlalu nakal sampai kita rasa stress dan hilang punca.

zaty apply je 4 teknik ni berulang-ulang, tiap-tiap hari kat fayyadh.

Dapat baby baru memang seronok. Tapi dalam pada seronok tu, kita perlu jaga perasaan dan emosi diri-sendiri, anak sulung dan baby baru. Untuk penjagaan emosi ni, ibu berpantang memang takkan boleh handle sorang-sorang.

Pastikan kita dapatkan bantuan daripada orang yang boleh faham situasi kita dan situasi anak sulung. Minta bantuan suami, mak atau mak mertua untuk sama-sama handle situasi macam ni.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "