Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dedah Penyata Baki Akaun NFC, Rafizi Ramli Dijatuhi Hukuman Penjara 30 Bulan

Ditulis oleh seventeen century, 7 Feb 2018

7 Feb - Mohd Rafizi Ramli yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam, hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank termasuk milik National Feedlot Corporation (NFC).

Hakim, Zamri Bakar turut menjatuhkan hukuman itu ke atas bekas kerani bank Johari Mohamad, 47, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi bagi mendedahkan dokumen penyata baki akaun NFC National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Zamri memutuskan hukuman tersebut dalam penghakimannya selepas mendapati pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua tertuduh.

"Mahkamah meneliti keseluruhan kes dan membuat penelitian maksimum terhadap hujahan pendakwaan serta pembelaan itu. Kedua-dua tertuduh disabitkan atas kesalahan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau turut membenarkan penangguhan hukuman ke atas mereka sehingga keputusan rayuan dengan mengekalkan kos ikat jamin RM15,000 seorang.


Rafizi sebelum ini mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank itu kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.

Ahli Parlimen Pandan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac 2012.

Mohd Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Johari, 44, mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi pada tarikh dan alamat sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103 akta sama.

Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Falihin Kamil Mohd Sazali manakala peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali dan Steve Chin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Adakah anda berminat dengan pinjaman? Kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu "pinjaman peribadi perniagaan, pinjaman pelaburan, hutang Pinjaman Pinjaman Rumah dan pinjaman syarikat di seluruh dunia. Kadar faedah kami adalah 2% setahun Kami juga telah memberikan nasihat kewangan kepada pelanggan kami. jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera supaya kami boleh membincangkan, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda. Sila hubungi kami hari ini untuk semua keperluan kewangan anda Hubungi kami melalui E-mel: ([email protected])

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "