Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Peniaga Tetapkan Had Minimum Pembayaran Kad Kredit, Boleh Lapor Pada BNM

Ditulis oleh seventeen century, 22 Feb 2018
Gambar Hiasan
22 Feb - Jika anda melihat mana-mana kedai yang meletakkan had bayaran menggunakan kad kredit, anda boleh membuat laporan terus kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebagai contoh, anda membeli barang di pasaraya dan apabila sampai di kaunter pembayaran, juruwang tidak mahu menerima pembayaran melalui kad kredit hanya kerana barang yang anda beli tidak melebihi had yang ditetapkan oleh pasaraya tersebut.

Situasi ini boleh berlaku di seluruh Malaysia sama ada di pasaraya, restoran mahupun kedai serbaneka.

Hal ini telah dirujuk kepada BNM melalui laman Facebook rasminya oleh SAYS.


“Hai BNM! Saya ada soalan – adakah sah jika peniaga menetapkan had bagi pembayaran dengan menggunakan kad kredit/debit? Saya telah melihat beberapa kedai menetapkan jumlah minima RM50 bagi transaksi melalui kad”.

Berikut merupakan respon yang diberikan oleh wakil BNM.

“Peniaga adalah dilarang untuk mengenakan jumlah pembelian minima bagi pembelian barangan menggunakan pembayaran kad. Larangan ini termaktub di dalam skema peraturan yang ditetapkan oleh skema pembayaran kad seperti Mastercard dan Visa. Peraturan skema ini boleh didapati melalui laman sesawang skema tersebut”.

“Jika anda berhadapan dengan peniaga yang mengenakan amaun pembelian minima untuk pembayaran melalui kad, anda boleh membuat laporan dengan memberikan maklumat seperti berikut kepada kami”.

Nama peniaga:

Alamat:

Nama pemeroleh (boleh didapati pada resit transaksi pembayaran kad):

Jenis aduan:




Situasi ini sering berlaku jika anda membeli barang yang tidak melebihi had yang ditetapkan dan anda harus membayar dengan tunai. Jika masih ada tunai bersama anda mungkin tiada masalah. Masalah akan timbul jika tiada wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran.

Setelah meneliti buku peraturan oleh Mastercard dan Visa, didapati kedua-dua syarikat ini tidak membenarkan mana-mana peniaga untuk menetapkan had tertentu bagi transaksi yang menggunakan kad.

Bagi syarikat Mastercard pula, di bawah Seksyen 5.11.3 di bawah Fasal 5, “Peniaga tidak perlu, atau menyatakan bahawa ia memerlukan, jumlah transaksi minima atau maksima untuk menerima Mastercard atau Kad Maestro yang sah dan benar”.


Arahan yang jelas lagi terperinci namun mengapa masih ramai peniaga yang mengambil enteng tentang larangan ini?

Sebenarnya, peniaga perlu membayar sejumlah wang untuk setiap transaksi kad yang berlaku. Fi pertukaran bagi kad kredit dan debit adalah berbeza di Malaysia. Pada kadar yang minima, peniaga perlu membayar fi pertukaran sebanyak 0.21% bagi setiap transaksi kad debit.

Jumlah keseluruhan boleh meningkat dan segelintir peniaga tidak gemar untuk membayar sejumlah wang tertentu bagi pembelian barangan yang berharga RM5 sahaja. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "