Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ayah Mintak Maaf Hafizh," Bapa Hafizh Syahrin Kongsi 'Derita' Pelumba Itu Sebelum Sampai Ke Puncak Kerjaya

Ditulis oleh seventeen century, 27 Feb 2018

27 Feb - Selepas Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali mengesahkan bahawa Hafizh Syahrin bakal menjadi pelumba Asia Tenggara pertama menyertai perlumbaan kelas utama MotoGP, sudah pasti insan yang paling gembira adalah ayah Hafizh sendiri, Abdullah Harun.

Tiada ungkapan lain selain memohon maaf kepada anak lelakinya itu kerana merampas zaman kanak-kanak pelumba itu hanya semata-mata mahu merealisasikan impian melihat pewarisnya itu bergelar pelumba handalan dunia pada suatu hari kelak.

Walaupun hatinya sayu melihat kesusahan hidup yang terpaksa ditempuh Hafizh Syahrin seawal usia 9 tahun yang dibawa menyertai perlumbaan 'Pocketbike' ke serata Malaysia, tetapi dia tidak kesal kerana kini beliau akan dapat melihat anak kesayangannya itu beraksi dipentas tertinggi dunia dalam sukan permotoran.

“Saya berkata kepada Hafizh, ini saja yang ayah mampu bantu. Hafizh berusaha sebaik mungkin untuk jadi pelumba. Saya minta maaf kepada Hafizh sebab merampas usia kanak-kanaknya. Saya berasa usaha saya berbaloi pada hari ini, terima kasih,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Foto: Kosmo
Apabila mengimbas kembali zaman pelumba kelahiran Selangor itu mula melibatkan diri dalam sukan permotoran, Abdullah berkata, jika dikenang pengalaman lalu memang memeritkan kerana kekangan kewangan menyebabkan dia tidak mampu menaburkan kemewahan kepada anaknya itu.

“Saya hanya berbekalkan modal saya sendiri hasil pendapatan saya bekerja di bengkel motosikal yang saya usahakan. Bermula dari umur 10 tahun Hafizh mula tunjuk taring sebagai seorang pelumba.

“Sejak itu, boleh dikatakan di setiap negeri saya bawa Hafizh berlumba, sehingga dia menjadi juara pocketbike aircol dan watercol. Saya pusing satu Malaysia dengan kereta bersama Hafizh. Selama empat tahun Hafizh dalam perlumbaan pocketbike,”
ujarnya.


Abdullah juga turut berkongsi pengalaman pahit manis yang diharungi bersama Hafizh Syahrin, termasuklah terpaksa tidur di dalam kereta kerana tidak mampu untuk menginap di hotel.

“Pengalaman suka dan duka telah saya lalui dengan anak saya itu. Dengan bajet yang memang tidak cukup, kereta saya pernah menjadi hotel untuk kami berdua,” jelasnya menceritakan perjalanan awal karier Hafizh.


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga turut tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Hafizh Syahrin selepas berjaya menyertai pasukan Moster Yamaha Tech3 dalam kelas MotoGP baru-baru ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "