Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Asal Tidur Je Mesti Diserang, Kemudian Gatal Yang Amat Sangat", Wanita Ini Kongsi Pengalaman Dan Teknik Kesan Kutu Kucing Dirumah



Pencinta kucing mesti dah tahu akan bahaya kutu kucing terhadap orang disekeliling.  Siapa pernah kena serangan kutu kucing pasti serik dengan kegatalan melampau pada bahagian yang digigit.  Tahukah anda hanya 5% sahaja kutu itu terdapat pada badan kucing anda dan 95% lagi terdapat disekeliling anda, mungkin dilantai, karpet, atau rumput rumah.

Apa itu kutu kucing?  Kutu kucing yang bersaiz sangat kecil ini gemar bersembunyi dalam tubuh comel kucing anda namun bagi penjaga yang sentiasa mementingkan kebersihan haiwan peliharaanya pasti jarang menghadapi masalah kutu kucing ini.



Lazim bagi parasit seperti ini biasanya menjadikan darah haiwan sebagai makanan mereka namun apabila ruangan sumber terhad, ia akan mula menghisap darah mangsa yang terdedah seperti manusia.  Namun, kerana keadaan fizikal manusia yang kurang bebulu ia menjadikan manusia sebagai habitat kurang sesuai untuk mereka membiak.

Siapa sahaja yang mengalami sengatan kutu kucing ini pasti menghadapi gatal kemerah-merahan dan jika kerap sangat ianya digaru akan mengakibatkan luka kepada bahagian tersebut.  Perkongsian daripada Rahayu Ramli ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pembela kucing untuk lebih peka terhadap kebersihan haiwan peliharaan anda dan bahaya kutu kucing ini terhadap orang disekeliling terutamanya anak-anak kecil dirumah.



Kutu Kucing Sangat Gatal

Asal tidur malam je mesti diserang, serang bertubi-tubi pula tu, gatal yang amat sangat-sangatlah.  Hari pertama diserang, Ayu syak seekor nyamuk je yang gigit, hari kedua naik lagi merah, dulu bintik merah 2 je, hari kedua dah 5 pula bintik.  Aih makin pelik, makin tertanya-tanya?






Sedangkan ubat nyamuk lingkaran dah pasang, siap sembur lagi ubat nyamuk.  Ini mesti bukan nyamuk.  Kemudia hari ketiga, kita syak pepijat, tapi tak nampak serangga apa yang menggigit.

2-3 hari tertanya, serangga apa yang serang ni, jadi kita belilah pelekat lalat yela nak tahu serangga apa yang serang masa tidur.  Jadi sebelum keluar rumah buka pelekat lalat atas katil, kemudian tutup pintu, sebab takut lekat dekat kucing pula.



Balik daripada meniaga, Ayu terjah terus tengok serangga apa yang menyerang, rupa-rupanya kutu kucing!  Bila ingat balik sebelum ni memang kucing tidur sekali, tapi tak sangka kutu kucing boleh berpindah, melompat (bukan sebab katil atau pepijat, tapi rupanya sebiji macam dalam botol syampu kucing tu - flea kutu).

Kutu kucing aktif bila kita tutup lampu, masa tidur, masa tulah askar dia serang kita.  Gatal memang gatal, cuci tempat gatal dengan dettol atau cetaphil akan kurangkan gatal, lepastu sapu minyak gamat untuk hilangkan luka.  Sebelum settle hapuskan aksar kutu, pastikan tidur pakai baju lengan panjang yang bertutup untuk elakkan daripada menggaru lagi.



Saya cerita atas dasar pengalaman, saya kali pertama kena.  200% tak salahkan kucing, tapi nak kongsi pendapat nak membanteras kutu spesis tu.

Rawatlah kucing anda, banteras kutu dan mandikan kucing anda dengan kerap.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli