Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Antara Kualiti Dan Kuantiti', Meramaikan Anak Dalam Islam Dianjurkan Sahaja, Jika Tak Ramai Ia Tak Dicela Oleh Syarak

Gambar Hiasan


Anak-anak semestinya menjadi pengikat kasih sayang suami dan isteri.  Kata orang, anak ramai ni meriah! Rezeki pun melimpah-limpah.  Namun kita hanya merancang, Allah swt menentukan.

Dia Maha Mengetahui selayaknya rezeki anak bagi setiap daripada kita.  Aliran zaman moden yang menyaksikan setiap daripada kita masing-masing sibuk mencari rezeki untuk kesenangan anak-anak pada masa hadapan membuatkan ramai terfikir, "antara kualiti dan kuantiti, yang mana lebih penting?"

Gambar Hiasan


Anak adalah rezeki dan kita harus ingat, rezeki adalah kurniaan terhebat daripada Allah.  Jangan pernah lupa, anak adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak itu sendiri dan juga kepada-Nya.  Rezeki yang diberikan itu jika tidak diuruskan dengan baik, pasti memudaratkan diri sendiri.

Nur Firdaus, melalui laman Facebook miliknya berkongsi situasi hari ini yang rasanya seperti ingin bersaing walaupun dalam isu rezeki anak.  Memang Islam galakkan ramai anak, tapi dalam sebuah hadis ada menyebut, bahawa Rasullulah sedikit kesal dengan umat diakhir zaman yang hanya seperti buih dilautan.  Terdampar tanpa dapat melakukan apa-apa.



BILA ORANG TANYA KENAPA ANAK SIKIT

O: Orang
K: Kiter

O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?

K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.

O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.

K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?

O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?

K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.

O: Hmm.. (terdiam sekejap)

K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.

O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)

K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula :)

O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.

K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli