Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

" Anak Ini Tak Sakit Pun Tapi Dia Stress", Ibu Kongsi Kisah Anak Alami Stress Empat Tahun Menyebabkan Penyakitnya Sukar Sembuh

Ditulis oleh Aisha Ratnila, 26 Feb 2018
No Comment
                                                                         - Gambar Hiasan

Jadual harian anak-anak masa kini semakin padat dengan rutin dan aktiviti yang pasti memenatkan mereka bermula di sekolah, tuisyen dan sebagainya.

Hal ini terjadi berikutan keinginan ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan sebagai persediaan untuk menjadi insan yang berguna.

Bagaimanapun, tanpa kita sedari, segelintir anak-anak tidak dapat membiasakan diri dengan rutin harian yang padat sehingga boleh menyebabkan mereka menjadi stress.

Seorang ibu, Puan Ida Chang menerusi laman facebooknya berkongsi kisah anaknya yang disangka sakit dan kemudiannya mengetahui bahawa anaknya mengalami stress selepas mendapat rawatan pakar.

Mari ikuti perkongsian yang berguna ini.

                                                                  - Gambar Hiasan

Kamu percaya ka kanak-kanak juga ada stress. Ini saya mau cerita.

Dua tahun lalu aaron masuk wad lima hari sebab selalu sakit perut sampai muntah-muntah tapi tidak cirit birit. Kulit ber-ruam sapu apa ubat pun tidak sembuh.

Pagi itu dia tiba-tiba  muntah sampai pucat dan saya tidak jadi hantar dia sekolah, terus patah balik. Saya bawa dia pigi kecemasan hospital Likas dan terus kena tahan.

Saya sangat susah hati waktu tu. Saya salahkan berat badan dia sebab dia 'gemuk'. Sepanjang di wad, berpuluh-puluh test doktor buat untuk dia sehingga ujian jantung pun di buat. Scan semua pun dibuat dan result menunjukkan  anak ini di usia 9 tahun tekanan darah tinggi, gula tinggi, kolestrol tinggi dan hati bengkak.

Tidak cukup scan di hospital Likas, saya bawa lagi dia scan di Dr Kissey. Di sana scan semua ok pula.

Ini nasihat Dr.Kissey sama saya  "Mama anak ini tidak sakit. Tiada sakit apapun..Dia STRESS".

Apa yang perlu mama buat kurangkan atau hentikan semua aktiviti yang buat dia stress, bilang Dr. Kessy sama saya.



Apabila saya pulang ke rumah, saya meneliti semua aktiviti dia sepanjang hari dan sepanjang minggu dan saya tanya dia apa yang dia tidak suka sebenarnya tapi terpaksa sebab saya suruh.

Anak ni cakap:
1.Dia tidak suka pulang sekolah terus tuisyen hari-hari.
2. Tidak mau naik bas sebab panas,sempit dan sepanjang masa di ejek oleh kawan-kawan sebab ambil ruang yang besar waktu duduk.
3.Tidak suka ada jawatan di sekolah sebab dia penat dan tidak sanggup buat tu kerja
4.Tiada rehat langsung enam hari tuisyen/belajar saja hingga tiada masa untuk diri sendiri.

Mendengar semua luahan dia, saya terus ambil keputusan untuk tidak hantar tuisyen lagi. Serta merta stop naik bas sekolah dan saya hantar dan ambil dia di sekolah.

Syukur Puji Tuhan, tidak pernah sudah dia muntah-muntah. Semua result ujian darah dia pun normal kulit yg beruam teruk menjadi sembuh.

Jadi mama-mama semua, anak juga ada stress ya. Bila anak stress, banyak penyakit yang susah sembuh. Berulang ulang dan kadang-kadang kita ingat anak-anak bohong saja  sebagai alasan tidak mahu ke sekolah tapi bukanlah alasan kerana memang begitu kalau anak stress banyak sakit yang datang menimpa. 

Sumber- Ida Chang
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "