Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

AmTuah Juara Zon Asia Tenggara, Bakal Wakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia FIFA 18 Virtuelle Bundesliga

Ditulis oleh seventeen century, 12 Feb 2018

12 Feb - Amirul Affandy atau lebih dikenali sebagai AmTuah yang juga seorang pemain e-sukan FIFA 18 telah berjaya menjuarai pusingan kelayakan zon Asia Tenggara untuk Kejohanan FIFA 18 - Virtuelle Bundesliga semalam.

Beliau telah berjaya menewaskan peserta dari Singapura dengan keputusan 3-2. Pada mulanya, Am sudah mendahului permainan dengan 2 jaringan, namun peserta dari Singapura itu merapatkan kedudukan 2-2- sebelum AmTuah menyumbat gol kemenangan.

Dengan kemenangan ini, Am akan mewakili Malaysia di Jerman untuk Kejohanan Dunia Virtuelle Bundesliga FIFA 18 tahun ini.

Selain daripada mewakili Malaysia, beliau juga membawa nama kelab beliau iaitu Firedrogoon.
AmTuah membawa pulang wang tunak sebanyak RM3,000, barangan eksklusif Bundesliga dan juga pembiayaan penuh untuk 2 orang ke Jerman nanti.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "