Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Ajal Cuti Sekolah', Kanak-Kanak Maut Tertusuk Sabit Datuknya Yang Terpelanting Ketika Mengait Buah Sawit

No Comment
Ringan tulang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, meninggal dunia ketika membantu datuknya mengait buah sawit dikebun kelapa sawit milik keluarga mereka di Bagan Datuk, Perak.

Kejadian pukul 2 petang itu berakhir dengan tragedi apabila sabit yang digunakan untuk mengait sawit itu tercampak dan tertusuk tepat didadanya.

Kanak-kanak ini semasa kejadian dipercayai menemani datuknya ke ladang sawit sempena cuti sekolah ini.  Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, “siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi, dan ketika datuknya mengait sawit, tiba-tiba buah sawit telah jatuh bersama sabit melalui kayu kait."

“Senjata itu kemudian melantun mengenai dada mangsa di sebelah kiri.  Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat parah di dada kirinya, mangsa yang pada awalnya hanya mengalami cedera segera dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Batang namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat.”

“Datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku secara tidak sengaja.”

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Semoga keluarga mangsa tabah dengan apa yang berlaku dan semoga roh adik ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman.  Al-Fatihah.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli