Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Umur 25 Tahun Dan Ke Atas Sudah Dibenarkan Melancong Ke Arab Saudi Berseorangan Tanpa Ditemani Mahram


11 Jan - Kerajaan Arab Saudi telah membuat keputusan dengan membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas boleh melancong ke negara itu secara berseorangan tanpa ditemani mahramnya menggunakan visa pelancong.

Perkara itu diumumkan oleh jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) baru-baru, lapor Khalej Times.

Namun, untuk wanita 25 tahun ke bawah, mereka masih perlu masuk ke negara tersebut dengan ahli keluarga mereka atau mahramnya dan tidak termasuk dalam kelonggaran yang diberikan itu.

Menurut Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.


"Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah," katanya

SCTH juga berkata, peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.

"Jabatan Teknologi Maklumat SCTH juga sedang membangunkan sistem elektronik bagi mengendalikan pengeluaran visa pelancong ini, dengan kerjasama wakil Pusat Maklumat Kebangsaan dan Kementerian Luar," kata Omar.


Inisiatif visa pelancong ini bertujuan menaik taraf sistem visa pelancong sedia ada bagi membolehkan orang ramai meneroka destinasi baharu pelancongan di Arab Saudi.

Ia sekali gus bertujuan menjana sektor pelancongan dan membangunkan perkhidmatan pelancongan serta warisan di negara itu.

Dalam pada itu, ia juga sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kebangsaan 2020 untuk mencapai Wawasan 2030 yang memberi tumpuan kepada industri pelancongan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli