Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Dakwa Pegawai Kesihatan Cabut Lari Bila Nak Panggil Suami, JKN Kedah Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Ditulis oleh seventeen century, 27 Jan 2018

27 Jan - Baru-baru ini telah tular di media sosial gambar yang dimuat naik seorang wanita yang mendakwa seorang lelaki yang mengaku sebagai kakitangan kesihatan yang ingin membuat pemeriksaan nyamuk aedes cabut lari apabila wanita itu ingin memanggil suaminya.

Wanita itu memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen, "Penguatkuasa kesihatan katanya, dok meronda sakan kot keliling rumah, habaq kata sat nak panggil suami terus cabut lari. Area Taman Seri Meranti. Alert la zaman sekarang ni, hati-hati pada semua orang. Bukan apa aku risau budak-budak ja."

Namun, dakwaan yang dibuat oleh wanita tersebut telah disangkal oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail menerusi laman Facebooknya. Kenyataan yang dibuat bertarikh 26 Januari 2018 mengatakan perkara yang tular mengenai penguatkuasa itu sama sekali tidak benar.

Menurut beliau, pegawai penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu sedang menjalankan tugas dalam aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi di kawasan terbabit slepas terdapat kes demam denggi di kawasan tersebut.


Beliau juga menegaskan bahawa, pegawai terbabit telah menjalankan tugasnya mengikut prosedur yang diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi pemeriksaan rumah terbabit.

Pegawai tersebut juga telah memperkenalkan dirinya, tempat beliau bertugas, tujuan lawatan serta memohon keizinan untuk memasuki rumah itu bagi tujuan pemeriksaan.

Namun, pemilik rumah terbabit tidak mengizinkan pegawai tersebut untuk masuk kerana suaminya tiada di rumah. naggota terbabit mencatatkan maklumat tentang rumah itu bagi tujuan lawatan susulan dan beredar ke lorong belakang rumah untuk memeriksa rumah yang lain pula.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Datuk Dr Norhizan Ismail mengenai perkara yang tular di media sosial berkenaan kakitangan kesihatan dibawah seliaan beliau.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN ) Kedah ingin merujuk kepada isu yang menular dalam media sosial yang mendakwa bahawa pegawai penguatkuasa kesihatan yang cabut lari apabila penghuni rumah hendak memanggil suami beliau di Taman Sri Meranti Kubang Pasu pada 25 Januari 2018 adalah tidak TIDAK BENAR.

Pegawai Penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu sedang menjalankan tugas dan tanggung jawab beliau dalam aktiviti kawalan dan pencegahan Demam Denggi di kawasan terbabit memandangkn terdapat kes Demam Denggi yang dilaporkan.

Anggota terbabit menjalankan tugas dengan mematuhi prosedur yang digariskan bagi pemeriksaan rumah terbabit. Pegawai berkenaan telah memperkenalkan diri, tempat bertugas, tujuan lawatan pemeriksaan serta memohon keizinan untuk memasuki rumah bagi tujuan pemeriksaan.




Walaubagaimanapun, penghuni rumah yang berada di dalam rumah pada kedudukan yang agak jauh daripada anggota tidak memberikan keizinan untuk anggota memasuki rumah disebabkan suami beliau tiada di rumah. 


Anggota terbabit mencatatkan maklumat tentang rumah terbabit bagi tujuan lawatan susulan. Beliau kemudiannya beredar ke lorong belakang rumah terbabit dan rumah yang lain bagi menjalankan pemeriksaan untuk mengenalpasti dan memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik ataupun tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Setelah selesai menjalankan pemeriksaan, beliau kembali ke pejabat dan dimaklumkan oleh anggota lain tentang gambar beliau yang ditular dalam media sosial. Beliau kemudiannya membuat laporan polis atas perkara tersebut disebabkan oleh faktor keselamatan.

Pihak JKN Kedah sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah TIDAK BENAR. TIndakan yang dibuat oleh anggota yang terbabit mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi menjalankan tugasan yang diberikan kepada beliau.




Penyebaran maklumat yang tidak benar ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menjejaskan reputasi jabatan kerajaan dan boleh menganggu tugas penjawat awam disamping menjatuhkan imej anggota serta ahli keluarga.

Orang ramai disarankan agar mendapatkan penjelasan dan pengesahan terlebih dahulu daripada jabatan atau pejabat berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk menular maklumat yang tidak betul atau palsu kepada umum.

Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
26 Januari 2018
11.10 pagi.

TERKINI

Pemilik FB yang membuat posting dengan dakwaan yang TIDAK BENAR ini telah mengaku kesalahan beliau serta memohon maaf atas tindakan beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "