Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video)"Seumur Hidup Tak Pernah Merokok, Hari Ini Saya Hilang Kotak Suara", Wanita Ini Derita Kanser Tekak Daripada Suami Perokok Tegar

Ditulis oleh farra vy, 25 Jan 2018
Merokok bukan sahaja membahayakan perokok itu sendiri malah orang sekeliling yang menghidu khususnya kanak-kanak.  Mereka mungkin terpaksa menghidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok yang beracun.

Seperti apa yang kami ingin kongsi hari ini berkait rapat dengan isu rokok yang takkan pernah habis sehingga semua perokok-perokok tegar ini berhenti.  Namun ianya tidak berkaitan dengan para perokok  ini tetapi bahaya dan kesannya membuatkan orang sekeliling yang menghidu terancam seumur hidup! Ikuti kisah benar daripada seorang wanita, Nalini Satyanarayan yang telah kehilangan peti suara akibat tabiat buruk merokok suaminya sendiri.


"Saya tidak pernah merokok sepanjang hidup saya, namun hari ini saya tidak mempunyai kotak suara."

Pada 1972, saya telah berkahwin dengan sepupu saya, merupakan seorang jurutera dia sering bepergian (travel) untuk menjalankan tugas.  Dia adalah seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan, tegas dan setiap kali jika sesuatu kerja itu memerlukan dia berfikir, dia akan mula merokok.  Tiada apa yang mampu saya lakukan untuk membuatkan dirinya berhenti.  Menginjak usianya 45 tahun, dia mengalami stroke ringan.  Sejak daripada itu dia cuba untuk mengurangkan pengambilan rokok namun masih tidak dapat menahan diri.  Lima tahun kemudian, dia mendapat serangan jantung yang membuatkannya terpaksa berhenti merokok sepenuhnya.  Sembilan tahun selepas itu, pada tahun 2005 dia disahkan meninggal ketika sedang tidur.



Pada tahun 2009, suara saya mula menjadi lemah dan doktor mula memberi saya pelbagai jenis ubat.  Setahun kemudian, saya mengalami sesak nafas sehingga membuatkan saya sukar untuk bercakap.  Anak-anak saya bergegas menghantar saya ke hospital.  Menurut doktor, terdapat ulser dalam pita suara saya namun ketika itu saya tahu mereka menyembunyikan sesuatu.  Selepas diasak, mereka memberitahu juga bahawa saya mempunyai kanser tekak.  Hati saya luluh.  Saya tidak pernah merokok seumur hidup, tidak menyakiti hati sesiapa, tapi ini adalah kebenarannya.  Mereka memaklumkan kepada saya bahawa saya sudah menjadi mangsa perokok pasif  kerana bersama suami yang merupakan perokok tegar.  Namun saya tidak pernah mendengar istilah itu sebelum ini.



19 April 2010 tarikh keramat dimana saya telah dibawa ke bilik pembedahan untuk membuang tali vokal serta kelenjar tiroid.  Kesan pembedahan itu, terdapat lubang dileher saya (dipanggil stoma) dan diberi makan melalui tiub PEG yang dilekatkan diperut.  Mereka meletakkan prostesis suara dan saya mula belajar untuk berkomunikasi sekali lagi.  Pada mulanya saya sangat sedih tetapi sokongan tanpa henti daripada anak-anak memberikan saya keyakinan untuk bertarung dan kembali tersenyum. Pada usia 64 tahun saya mula belajar menggunakan komputer.



Saya belajar untuk bercakap sekali lagi, mengenal abjad, memegang paip angin supaya saya boleh bercakap lagi dan juga belajar untuk menguruskan leher saya yang berlubang.  Sekarang saya bernafas melalui lubang ini malah mampu memainkan seruling melaluinya! Pada siang hari, saya merupakan pejuang terhadap anti-tembakau, merokok dan juga pesakit kanser! Dulunya saya seorang yang pendiam, tapi hari ini saya bercakap tanpa henti dan apabila doktor memberitahu saya bahawa dia telah mencipta peranti bebas tangan yang dapat membantu saya bercakap tanpa memegang stoma.  Itu tidak dapat mengawal kegembiraan saya! Saya teruja seperti kanak-kanak.



Sekiranya saya diberikan peluang untuk berkongsi satu mesej kepada rakyat, ianya mudah.  Jangan pernah meremehkan ancaman perokok pasif.  Jangan malu untuk memberitahu orang yang anda sayang supaya berhenti merokok.  Ini adalah untuk mereka dan paling penting untuk anda!

Kesan-kesan jangka pendek merokok:
  • Otak tidak berfungsi sepenuhnya akibat pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen 
  • Telinga boleh pekak kerana kurangnya kadar pengaliran darah
  • Mata berair, radang mata dan mengganggu daya penglihatan
  • Mulut; mengalami deria rasa tidak sedap, nafas berbau, jangkitan mulut dan gigi kuning
  • Hidung kehilangan deria bau
  • Kulit muka cepat berkedut
  • Paru-paru sukar untuk bernafas
Kesan-kesan jangka panjang:
  • Barah
  • Penyakit jantung
  • Angin ahmar/strok
  • Paru-Paru (lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser
  • Mandul
  • Kurang nafsu dalam seks
  • Mati pucuk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "