Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Telatah 'Teacher' Mok Cun Tarik Perhatian Muridnya, Kaedah Digunakannya Buat Budak Cepat Kuasai Bahasa Inggeris

Ditulis oleh farra vy, 16 Jan 2018
2 ulasan

Kini, Kaedah Fonik sedang mendapat tempat dalam kaedah pendidikan awal kanak-kanak.  Ini adalah kerana, Kaedah Fonik adalah kaedah terbaik untuk mengajar membaca dengan objektifnya adalah untuk mengajar anak-anak hubungan antara huruf dan bunyi untuk membolehkan mereka encode (membina) perkataan, decode (menyahkod, mengasingkan bunyi huruf).  Kebolehan ini merupakan elemen penting anak-anak boleh membaca dengan lancar.

Kaedah Fonik diajar secara berstruktur, dari sebutan paling senang ke sebutan paling susah, dari bunyi yang biasa kepada bunyi yang tidak biasa, serta cara yang sistematik akan meningkatkan peluang untuk anak boleh membaca. Contoh mengajar secara berstruktur dan sistematik – huruf yang mempunyai continuous sound seperti huruf “m” dan “s” diajar terlebih dahulu sebelum huruf yang mempunyai stop sound seperti “t” dan “p”.

Kaedah ini perlu diajar sejak dari tadika lagi. Guru perlu menyebut dengan jelas secara konsisten bunyi huruf yang diajar.  Masa yang diperlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap sesi. Dalam masa 20 minit ini, aktiviti multi sensori digunakan untuk mengajar anak.  Guru perlu menunjukkan cara bagaimana sesuatu huruf itu dibunyikan, digabungkan hingga menjadi perkataan.
Disini kami kongsi video Kaedah Fonik yang diajar oleh guru, Masturah A. Latib melalui laman Facebooknya dengan personaliti Mok Cun yang dibawa ketika mengajar anak-anak muridnya.  

MOK CUN BALIK DARI NEW YORK TERUS AJAQ READ EASY PHONICS DI TABIKA, HANG PA ADA KA?

Video ajar Bahasa Inggeris teacher ni nampak MUDAH kan?
  • Perkenalkan bunyi
  • Gabung bunyi, terus boleh baca perkataan-perkataan mudah dalam Bahasa Inggeris

Haaa ini la sebab teacher suruh ajaq (ajar) Fonik gabung bunyi bacalah anakku dulu, dah mahir gabung bunyi BAK 6, hang pa terus la masuk READ EASY BEGINNER LEVEL.

Kalau hang pa ajaq BACALAH ANAKKU dengan TEKNIK DAN LANGKAH yang BETUL, lagu ni la jadi dia bila hangpa ajaq READ EASY... mudah dan cepat.

Pasai Apa Mudah Nak Ajaq Anak Baca Bahasa Inggeris Dan Bahasa Melayu?
  • Kaedah Sama (Fonik Gabung Bunyi)
  • Bunyi Sama (Kebanyakkan Bunyi BM & BI sama)
Ni, teacher nak tanya hang pa, hang pa nak anak hang pa BOLEH MEMBACA ka atau BOLEH MENGEJA?



Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Mastura A. Talib
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "