Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Sangat Menyentuh Hati, Hajat Acan Mahu Sambut Hari Lahir Ibu Akhirnya Tercapai


29 Jan - Adalah satu kerugian kepada kita sebagai anak apabila tidak dapat membahagiakan hati ibu bapa kita ketika hayatnya. Benar, ibu bapa tidak pernah meminta untuk dibahagiakan. Namun, itu usaha kita sebagai anak untuk menghargai jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita sehingga ke hari ini.

Seorang anak yang baik pasti sentiasa ingin melihat ibu bapanya bahagia. Tak kira ketika sihat mahupun ketika anak itu sedang sakit.

Seperti apa yang dihajatkan oleh seorang anak ini yang menghidap sakit jantung yang kronik, ingin menyambut hari lahir ibunya akhirnya tercapai.

Kisah Mohd Fikri Hakim bin Jaudin yang sangat menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Natipah Abu. Adik Fikri yang menghidap sakit jantung yang kronik berhajat untuk menyambut hari lahir ibunya bersama-sama.


Menurut Natipah, hajat itu tercapai apabila bilik yang menjadi dunia adik Fikri sejak dia menghidap penyakit tersebut telah menjadi saksi betapa kasihnya adik Fikri terhadap ibunya yang banyak berkorban untuknya yang dalam keadaan tidak sihat itu.

Tambah Natipah, keluarga adik Fikri ada menyembunyikan sepucuk surat dari hospital, yang mana surat itu tidak sanggup untuk diberikan kepada adik Fikri kerana salah satu isi kandungan surat itu adalah, “dengan ini warisnya memilih utk beliau meninggal dunia di rumah."

Namun, ternyata adik Fikri sudah mengetahui tentang isi kandungan surat itu cuma dia tidak mahu menyuarakan perkara tersebut atas sebab tidak mahu melukakan hati keluarganya yang tercinta.

Berikut adalah perkongsian penuh dari Natipah Abu.

MOHD FIKRI HAKIM BIN JAUDIN atau SIKIN.
JANTUNG KRONIK.

Akhirnya, berkesempatan utk memenuhi hajatnya yg mungkin juga permintaan terakhir dari Acan . Meraikan hari jadi buat ibu tersayang kerana selama ini, hari jadi ibu tidak pernah diraikan biarpun tarikh sebenarnya telah berlalu awal januari. 


Lalu, di bilik yg sempit, yg menjadi dunianya selama bertahun inilah kami menunaikan hajatnya kerana dia sudah tidak mampu keluar dr rumah lagi. Lebih menyedihkan, hari ini. Dia tiba-tiba menyuarakan hasrat kepada ibunya, utk membaca “ surat rahsia “yg menjadi mimpi ngeri seluruh keluarga ini.


Surat yg dikeluarkan oleh hospital itu dilipat kemas dan disimpan rapi jauh dari penglihatan mereka. Surat yg tidak ingin mereka lihat mahupun kenang kembali apa isi kandungnya. Surat yg mereka kira, dia tidak pernah tahu tentang kewujudannya. 





Ternyata, selama ini rupanya dia tahu segalanya tentang surat tu. Cuma dia tidak pernah bersuara kerana tidak ingin melukai hati keluarga yg amat menyayanginya. Biarpun dia sudah sedia maklum isi kandung surat itu namun utk ibu menyerahkan surat itu ke tangannya, sama sekali tidak.

Alangkan ibunya sendiri tidak punya kekuatan utk mendekat apatahlagi memegang surat it bagaimana nanti dia?


Tentu hancur luluh hatinya seandainya dia membaca satu per satu ayat yg tertulis di dlm surat itu yg antara lain klausanya ada menyebut “dengan ini warisnya memilih utk beliau meninggal dunia di rumah."

Biarpun semua yg hadir cuba melakar senyuman seindah mungkin namun di hati hanya Allah yg tahu, betapa masing-masing cuba membendung kesedihan. Acan sudah tidak blh duduk lama bahkan utk becakap pun dia tercungap kepenatan. Wajahnya kelihatan bengkak, bibir, kuku tangan dan kakinya kelihatan biru.

“Semoga Allah S.W.T angkat segala kesakitan dr tubuhnya, permudahkan segala urusan ke atasnya dan sembuhkan lah dia seperti sedia kala.”


BACA: Acan
BACA:  "Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Merawat Dan Menyembuhkannya," - TMJ


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Update Betting adalah situs judi online terpercaya dan berpengalaman di Indonesia
    Depo/wd hanya 50rb saja loh.. mari daftar

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Pinjaman untuk semua jenis tujuan
    Kami menawarkan minimum 10.000,00 euro kepada 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    berumur lebih 18 tahun
    Urus niaga ini 100% selamat untuk semua pelanggan
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    ([email protected])

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli